Siakap Keli

Gadis Istimewa Dari London Hilang di Seremban, Keluarga Minta Tolong Orang Ramai

Kuala Lumpur, 4 Ogos – Seorang gadis istimewa berusia 15 tahun dari London dikesan hilang ketika bercuti di Malaysia. Kehilangan Nora Quoirin disedari oleh keluarganya pagi Ahad dan menyedari bahawa tingkap bilik hotel yang mereka menginap terbuka.

Setakat berita ini ditulis sekitar 5 Ogos 12.33 pagi, gadis berkenaan masih belum ditemui berdasarkan kemaskini twitter saudaranya, Aisling Agnew.

BBC melaporkan, polis kini dikatakan sedang mengesan Nora menggunakan anjing pengesan.

Nora

Difahamkan Nora mempunyai masalah pembelajaran.

Menurut BBC lagi, seorang saudara rapat kepada Nora berkata keluarga itu tiba di hotel The Dusun di Seremban kemudian mereka tidur namun pada pagi keesokannya Nora didapati tidak berada dalam biliknya dan pintu tingkap terbuka.

Sumber: BBC

Siakap Keli

Berita sejurus ia berlaku? Itulah saya....