Siakap Keli
Kredit: DiVA

(Gambar) Dari Hidup ‘Primitif’ Hingga Mempunyai Rumah, Pasangan Ini Buktikan Kesetiaan Dalam Kesusahan

Kata orang, jika anda masih mempunyai bumbung di atas kepala, makanan di atas meja, pakaian untuk dipakai dan keluarga yang menyayangi anda, anda lebih kaya dari apa yang anda fikirkan.

Sedar tidak sedar, setiap hari ada orang yang bersusah payah untuk hidup. Ada yang terpaksa berteduh di bawah plastik ketika hujan, ada yang terpaksa mengorek tong sampah mencari makanan dan ada yang menyarung ‘kain buruk’ sebagai pakaian.

Mungkin situasi ini seolah-olah terlalu dramatik, namun inilah hakikatnya yang berlaku tanpa kita sedari.

Baru-baru ini tular di Twitter bebenang gambar sepasang suami isteri yang bersusah-payah bersama-sama.

Dalam gambar tersebut, mereka tinggal di dalam ‘rangka’ rumah tanpa dinding dan atap. Mereka juga tidak mempunyai dapur dan tandas, membuatkan mereka terpaksa hidup seperti golongan primitif.

Kredit: DiVA

 

Kredit: DiVA
Kredit: DiVA

Kesusahan mereka telah mendapat perhatian sebuah badan sukarelawan yang kemudiannya membantu membina sebuah rumah kecil untuk mereka berteduh di samping membekalkan makanan dan pakaian buat pasangan tersebut.

Kredit: DiVA
Kredit: DiVA
Kredit: DiVA
Kredit: DiVA
Kredit: DiVA
Kredit: DiVA
Kredit: DiVA
Kredit: DiVA

Namun, yang membuatkan netizen terpesona dengan pasangan berkenaan ialah cara mereka menghadapi situasi sukar tersebut. Biarpun hidup dalam serba kekurangan, senyuman si isteri tidak lekang di bibir apabila bergambar bersama.

“Apa yang menarik perhatian saya ialah senyuman yang terpancar daripada wanita itu biarpun mereka berada dalam kekecewaan. 

“Saya tak dapat bayangkan betapa positifnya dia berbanding realiti hidupnya. Dia yang ‘menarik’ keberkatan ini.”

Kredit: DiVA

“Saya tersentuh dan tidak mampu bercakap apa-apa. Banyak perkara boleh dipelajari.

  1. Senyum dalam kesusahan
  2. Kesabaran dan ketahanan
  3. Kesetiaan dan kebersamaan di dalam semua situasi
  4. Memberi, memberi, bermurah hati dan berjiwa besar
  5. Cinta (yang menguasai segalanya)”

Sumber: DiVA

Amira

Love yourself.

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.