Siakap Keli
Foto: Google

Cabaran Hidup Tiga Hari Tanpa Telefon, Pemenang Dapat Ganjaran Lumayan

Sebuah syarikat pembekal perkhidmatan Internet, SatelliteInternet.com baru-baru ini telah mengadakan satu cabaran kepada orang ramai untuk bercuti tanpa telefon pintar atau komputer riba.

Individu yang berminat untuk menyertai Cabaran Detox Digital ini perlu mendaftar melalui pautan ini terlebih dahulu bagi berpeluang terpilih untuk menyertainya.

Seorang pemenang akan dipilih bagi menyertai cabaran ini akan ditaja untuk bercuti di Taman Negara Pokok Joshua, California selama tiga malam secara percuma.

Foto: SatelliteInternet

Namun, pemenenagn adalah dilarang untuk menggunakan sebarang gajet termasuk komputer dan telefon pintar sepanjang berada di sana.

Akan tetapi, apa yang menariknya ialah pemenang juga akan diberikan wang poket sebanyak $400(~RM1675) sebelum diberikan sebanyak $600(~RM2513) lagi sekiranya berjaya mengharungi cabaran.

Selain itu, peserta juga akan $1000 lagi untuk digunakan untuk membeli makanan atau perkhidmatan pengangkutan sepanjang cabaran tersebut.

Pemenang juga akan diberikan tempat tinggal yang selesa dengan penyaman udara, tab mandi serta kolam renang.

Berita baik bagi pemenang yang ingin merakam kenangan semasa percutian ini, bermula pada malam terakhir cabaran, anda akan dibenarkan untuk menggunakan gajet untuk berkongsikan pengalaman atau merakam gambar kenangan di sana.

Foto: SatelliteInternet

Tujuan utama syarikat ini mengadakan cabaran sebegini ialah bagi memberi peluang pemenang untuk ‘berehat’ sebentar dari teknologi dan menikmati keindahan alam sekitar.

Malangnya, cabaran ini hanya terbuka untuk rakyat Amerika Syarikat sahaja. Saya harap akan ada syarikat di Malaysia yang mengadakan cabaran sebigini di masa akan datang.

Sumber: SatelliteInternet

Amir Zakwan

Dulu sembang teknologi terkini, sekarang borak berita sensasi

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.