Siakap Keli
Gambar Hiasan(Foto: Google)

PPM Tahan Dua Lelaki Cuba Seludup Keluar Minyak Petrol Di Semporna

SEMPORNA, 6 Ogos (Bernama) — Pasukan Polis Marin (PPM) menahan dua lelaki Pala’u ketika cuba menyeludup keluar kira-kira 400 liter minyak petrol menggunakan bot, dipercayai ke negara jiran melalui kawasan laut Ambo Ambo, dekat sini, semalam.

Komander PPM Wilayah 4 Sabah, ACP Mohamad Pajeri Ali berkata dua lelaki berumur 35 dan 25 tahun itu ditahan pada 6.30 petang, selepas perahu mereka dikesan dalam keadaan mencurigakan.

“Unit Risikan Marin PPM Semporna yang bertugas di kawasan itu, memeriksa perahu berkenaan, yang menemukan 12 tong jerikin pelbagai saiz mengandungi minyak petrol.

“Kedua-dua lelaki gagal menunjukkan sebarang dokumen pengenalan diri serta surat kebenaran daripada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna(KPDNHEP) untuk membawa minyak berkenaan,” katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Mohamad Pajeri berkata suspek dan semua barang rampasan bernilai RM14,223.68 dibawa ke pangkalan Markas PPM Semporna untuk tindakan lanjut.

Sumber: BERNAMA

Amir Zakwan

Dulu sembang teknologi terkini, sekarang borak berita sensasi

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.

Dari Wiser.my

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.