Utama

Berita

Berita

Luar Negara

Berita

Politik

Politik

Berita

Berita

Luar Negara

Berita

Politik

Politik

Sejak kebelakangan ini, sering saja menjadi siulan di telinga mengenai gejala bunuh diri dalam kalangan pelajar sekolah. Sebagai ibu bapa dan guru di sekolah, sewajarnya kita perlu mengambil tindakan atau bersikap bertangungjawab.
Merujuk dalam satu laporan berita, masalah berkaitan mental kian berleluasa di negara ini dengan ada di antaranya membawa kepada kematian. Kurangnya pengetahuan berkaitan masalah atau penyakit mental dalam kalangan masyarakat menyebabkan ramai yang memandang ringan mengenai isu ini.
Namun, apa yang menyedihkan, kebanyakan kes berkenaan gagal dikesan bagi membolehkan rawatan dapat diberi secepat mungkin. Kemurungan atau depresi adalah punca utama ketiga penyakit mental yang membelenggu kehidupan remaja.
Pelbagai faktor boleh menyebabkan hal ini berlaku. Ini merupakan satu kajian mengenai tingkah laku yang sering terjadi di negara ini.
Kajian Institut Kesihatan Umum (IKU) terhadap 212 orang pelajar sekolah menengah yang dipilih menggunakan kaedah pensampelan “cross-sectional” mendapati terdapat sedikit peningkatan tingkah laku bunuh diri dalam kalangan pelajar sekolah berbanding kajian tahun 2012.
Kelakuan ini juga didapati paling tinggi dalam kalangan pelajar tingkatan satu. Pemerhatian terhadap bangsa pula, bangsa India adalah paling lazim dengan tingkah laku bunuh diri, diikuti dengan bangsa Cina. Bangsa Melayu mencatat kelakuan bunuh diri paling rendah.
Sumber: Kementerian Kesihatan Malaysia