Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Bekas Tentera Di MRSM: “Patut ramai yang tagged saya minta tonton..” - Asyraf Wajdi

Iqbal Yasir
Bekas Tentera Di MRSM
Kredit: Asyraf Wajdi

Bekas Tentera Di MRSM: “Patut ramai yang tagged saya minta tonton..” - Asyraf Wajdi

Baru-baru ini, satu hantaran Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (MARA), Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki mencuri perhatian ramai apabila beliau memuat naik gambar sebuah drama Netflix yang hangat diperkatakan ketika ini.

Dalam hantaran di Facebook rasmi miliknya, dia menyifatkan drama Netflix Teach You a Lesson itu mempunyai pengajaran dan fungsi seperti yang sama dalam menanganni isu buli di Maktab Rendah Sains Mara (MRSM).

"Patutlah ramai yang tagged saya minta tonton drama Netflix TEACH YOU A LESSON. Semalam sempat menonton episod pertama.

"Rupanya ada kesamaan watak Na Hwa-jin bekas Komando yang menjadi Pegawai utama Biro Perlindungan Hak Pendidikan dengan Bekas Tentera yang dilantik sebagai Warden Sepenuh Masa di MRSM.

"Keduanya punya fungsi yang sama untuk menangani isu BULI di sekolah.

"Pengajaran utama daripada drama ini jelas bahawa isu BULI adalah isu yang amat serius.

"Ketegasan menangani isu ini penting agar tiada sebarang kecenderungan untuk menutup kes-kes buli kerana takut imej Maktab terjejas ataupun tiada sebarang pilih kasih dalam menangani isu ini walaupun punya ‘cable’ atau anak orang berpengaruh," katanya.

Tambah beliau, pendekatan MARA menempatkan bekas-bekas Tentera di MRSM terbukti berkesan menangani isu Buli

Kajian empirikal yang dibuat oleh Penyelidik bebas daripada Universiti Putra Malaysia (UPM) membuktikan penurunan mendadak kes-kes disiplin dan buli di beberapa MRSM yang punya rekod lampau dalam kes buli.

Malah disiplin pelajar ternyata lebih baik selain mengurangkan beban guru-guru yang sebelum ini menggalas tanggungjawab tambahan sebagai warden asrama.