Siakap Keli
Sumber: Syahril A. Kadir

“Macam Perang, Darah Penuh Kat Lantai”, Wartawan Kongsi Kisah Mengejutkan Rompakan ‘Daring’ Di Ampang Dulu

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Menjadi seorang wartawan jenayah pastinya mendedahkan seseorang kepada risiko keselamatan. Ada antara mereka yang perlu menyamar untuk membongkarkan kegiatan jenayah kelompok tertentu dan menyertai serbuan pihak berkuasa.

Walaubagaimanapun, tugas ini pastinya menjadi kenangan berharga yang tidak dapat dijualbeli dan dapat dirasai oleh orang lain.

Seorang bekas wartawan jenayah, Syahril A. Kadir berkongsi memorinya ketika membuat liputan tentang kes rompakan ke atas dua buah kedai emas di Ampang suatu ketika dahulu.

Jom baca.

Memori Rompakan ‘Daring’ Di Pekan Ampang

WAH semalam bukan main berani lagi abang baca kat internet mengenai kisah dua kenderaan membawa emas bernilai RM1 juta yang dilanggar dengan kepala lori sebelum disamun penjenayah.

Bila baca kes-kes rompakan nekad sebegini, jari-jemari abang mulalah menggeletik nak kongsi pengalaman jadi wartawan jenayah dulu.

Kisah berlaku kira-kira 16 tahun lepas di pekan Ampang, Selangor.

Masa tu waktu syif kerja abang dah nak habis. Dah dekat pukul 8 malam. Abang hanya tunggu rakan pengganti abang untuk meneruskan tugas di syif berikutnya.

Tengah nak log off komputer, tetiba abang dapat maklumat mengenai satu kejadian rompakan di Ampang yang melibatkan bukan satu, tetapi dua buah kedai emas yang terletak sebelah menyebelah. Kedua-dua rompakan berlaku serentak!

Apalagi dengan tanpa membuang masa, abang terus menelefon jurufoto bertugas dan kami berdua bergegas ke lokasi kejadian dengan kenderaan Pajero syarikat.

Suasana macam perang

Dipendekkan cerita, sesampainya kami di sana, suasana dah macam perang! Peluru bersepah sana sini, percikan darah membasahi lantai.

Paling mengejutkan, suspek turut melemparkan bom tangan sampai keadaan ketika itu sebijik macam perang Vietnam. Rupa-rupanya mereka yang terlibat adalah geng penjenayah yang cukup digeruni ketika itu, Geng M16, tak hairanlah!

Suspek menggunakan senjata M16. (Kredit: Syahril A. Kadir)

Kejadian berlaku lebih kurang pukul 7.30 malam. Seramai lapan orang penjenayah yang memakai sarung muka dan lengkap bersenjata telah menyerbu kedua-dua buah kedai emas tersebut. Mereka berpecah kepada dua kumpulan.

Ketika sedang leka memasukkan pelbagai barangan kemas ke dalam beg, tiba-tiba salah seorang pengawal keselamatan yang bertugas telah melepaskan berdas-das tembakan daripada senapang patahnya hingga menyebabkan seorang suspek ‘tumbang’ di atas lantai.

Melihatkan seorang rakan mereka kecundang, kesemua suspek tadi bergegas meninggalkan kedua-dua premis tadi.

Ingatkan dah selesai, rupanya belum

Tak sampai lima minit, suspek-suspek tadi masuk semula ke dalam kedai emas itu. Rupanya mereka hendak mengusung keluar rakan mereka yang terkena tembakan tadi.

Ini paling gila, sambil menarik keluar rakan mereka itu, salah seorang perompak tersebut mengeluarkan sebiji bom tangan, menarik pin sebelum mencampakkan bom itu ke arah pengawal keselamatan yang menembak rakan mereka tadi, kebabooooommmm!!!

Walaupun kesemua perompak ini gagal melarikan barangan kemas yang mereka rompak kerana keadaan dah jadi kelam kabut, namun tindakan mereka ternyata memang berani habis.

Tapi bak kata pepatah, sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah juga.

Datuk Seri Salleh Mat Som. (Kredit: Syahril A. Kadir)

Melalui CCTV kedai emas terlibat, pihak polis berjaya mendapat imej atau footage rompakan tersebut. Wajah perompak yang kena tembak tu pun berjaya dirakamkan kerana kebetulan sarung mukanya terbuka sewaktu dia hendak ditarik keluar oleh rakan-rakannya.

Akhirnya kira-kira sebulan selepas kejadian, kesemua suspek ditumpaskan oleh sebuah pasukan khas yang diketuai Pengarah CID ketika itu, Datuk Seri Salleh Mat Som (allahyarham).

Abang difahamkan, beberapa orang suspek terlibat juga berjaya ditembak mati ketika cuba melarikan diri dalam adegan berbalas tembak dengan pasukan polis di sekitar bandar raya dalam beberapa siri serbuan.

Macam filem Hollywood sehhhhh!!!

Kenangan sungguhlaaaaa….

Bagi yang tertanya-tanya keadaan pengawal keselamatan itu, saudara Syahril menjelaskan, pengawal keselamatan itu terselamat dari ledakan bom kerana sempat menyembunyikan diri.

Sumber: Syahril A. Kadir

Amira

Love yourself.

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.