Beberapa jam yang lepas, Taiwan telah digegarkan dengan satu gempa bumi dengan kekuatan sederhana 6.0 skala Ritcher, menurut US Geological Survey.
Gempa bumi berkenaan telah mengakibatkan beberapa buah bangunan mengalami kerosakan. Malah, bangunan-bangunan kediaman tinggi dikatakan bergoyang sekaligus membangunkan penduduknya yang sedang tidur pagi tadi.
Gegaran itu turut telah menyebabkan kira-kira 2000 buah bangunan bergelap akibat daripada gangguan bekalan elektrik.
Selain itu, produk dan barangan yang disusun pada rak di kedai-kedai dan kediaman juga didapati bertaburan.
Woke up at 5:28 from the strongest #Earthquake I've felt from #Taipei in my 4 years. It was mag ~6.0 (not unusual) but centered near #Yilan, so much closer than usual. Lots of stuff fell down; fortunately nothing broke. Fridge door opened. One furniture shifted ~10cm. #Taiwan https://t.co/7cnrBmr049 pic.twitter.com/NqLcMMVKYr
— Dr. Mike Alexandersen (@Mikea1985) August 7, 2019
Pusat gempa bumi itu berpusat di kawasan timur laut wilayah Yilan pada kedalaman 10 kilometer. Gegaran didakwa berlaku pada jam 5.28 pagi tadi.
Walaubagaimanapun, tiada sebarang kemalangan jiwa telah dilaporkan setakat ini.
Taiwan pernah mengalami gempa bumi yang teruk dengan kekuatan 7.6 skala Ritcher pada tahun 1999 dan tragedi itu telah mengorbankan kira-kira 2400 nyawa.
Sumber: Straits Times