Siakap Keli

Cemas, Anak Tercekik Blok Mainan, Ibu ‘Lemas’ Gara-Gara Selamatkan Anak

Sudah menjadi lumrah bagi seorang kanak-kanak menghabiskan masa terluangnya untuk bermain pelbagai jenis permainan yang disediakan oleh ibu bapa. Namun begitu, tidak semua jenis permainan yang diberikan selamat untuk dibiarkan kanak-kanak bermain tanpa pengawasan.

Permainan yang bersaiz kecil terutamanya boleh mendatangkan risiko kecederaan kerana kanak-kanak gemar memasukkan sesuatu di dalam mulutnya. Begitulah yang terjadi pada seorang bayi berusia 1 tahun dari Zhuhai, Guangdong yang tidak sengaja menelan permainan blok bangunan kecil berbentuk T sehingga menyebabkannya tercekik.

Cemas akan situasi tersebut, ibu kepada kanak-kank tersebut mengambil keputusan untuk mengeluarkan permainan itu dengan kadar yang segera daripada dalam mulut anaknya. Namun, malang menimpa dirinya apabila blok mainan tersebut pula beralih ke kerongkongnya dan membuatkannya ‘lemas’. Perkara ini terjadi kerana ibu berkenaan cuba mengeluarkan blok mainan tersebut daripada mulut anaknya dengan cara menyedutnya. Daya sedutan yang terlalu tinggi telah menyebabkan blok mainan tersebut bergerak ke ruang kerongkongnya.

Akibat daripada kejadian tersebut, wanita tersebut mengalami  batuk kuat dan kesukaran bernafas. Walau bagaimanapun, mujurlah wanita tersebut segera dikejarkan ke hospital bagi mendapatkan rawatan. Keadaan kembali reda apabila doktor telah berjaya mengeluarkan blok mainan tersebut dalam masa kira-kira setengah jam.

Terkesan dengan kejadian tersebut, doktor mengingatkan agar ibu bapa sentiasa mengetahui langkah pertolongan cemas dengan betul yang hendak dilakukan. Selain itu, pemantauan terhadap anak-anak juga perlu dipertingkatkan supaya kejadian tersebut tidak berlaku lagi.

Sumber: Oriental Daily

syafiq halim

Top Fan Sepanjang Masa

Nur Farra