Siakap Keli
Gambar Hiasan

Seluruh Semenanjung Malaysia Pernah Bergelap, Insiden 23 Tahun Lalu Buat Ramai Tak Boleh Lupa

Seperti sedia maklum, bekalan elektrik merupakan keperluan asas yang sangat diperlukan dalam kehidupan manusia. Tanpa bekalan elektrik, pelbagai urusan akan tergendala kerana ketiadaan sumber tenaga yang boleh menghidupkan lampu dan juga alatan elektrik yang lain.

Mengimbau kembali kejadian pada 23 tahun yang lalu, masyarakat Malaysia terpaksa bergelap selama 12 jam akibat bekalan elektrik terputus. Pada ketika itu, semua urusan terhenti dan tidak dapat diteruskan kerana keadaan yang gelap membataskan segala pergerakan. Insiden 3 Ogos 1996 itu meliputi seluruh negara yang terpaksa menerima kesan daripada bekalan elektrik yang terputus. Kejadian itu berlaku adalah disebabkan oleh kerosakan pada janakuasa di Paka, Terengganu.

Gambar: molekbebenor

Ketika itu, pelbagai implikasi negatif yang berlaku kerana bekalan elektrik putus bukan sahaja perlu bergelap, malah turut mendatangkan pelbagai kerugian. Aspek kerugian ini sangat jelas dapat dilihat menerusi industri-industri kilang yang terpaksa menghentikan operasi pengeluaran mereka dan secara tidak langsung mengalami kerugian yang besar.

Dalam kejadian 3 Ogos 1996 ini, kerugian yang dialami oleh pengilang-pengilang dianggarkan tidak kurang RM123 juta dalam tempoh 12 jam. Turut terpalit dengan kerugian pada masa itu, pihak TNB sendiri juga terpaksa menanggung kerugian  sekitar RM13.6 juta ditambah lagi dengan kerugian peralatan yang rosak bernilai RM10 juta.

Gambar: Shutterstock.com

Menerusi rekod tersebut, kejadian bekalan elektrik terputus sebenarnya memberi kesan kerugian kepada kedua-dua pihak iaitu pihak pembekal tenaga dan juga pelanggan. Disebabkan hal ini, pihak kerajaan meluluskan lima penghasil kuasa untuk menyertai perniagaan penjanaan elektrik. Hal ini juga menyebabkan saham utama Tenaga Nasional jatuh mendadak.

Walau bagaimanapun, kejadian elektrik terputus di seluruh negara bukan sahaja pernah berlaku sekali, malah turut terjadi pada tahun sebelumnya iaitu 29 September 1992 dan tahun 2003 yang melibatkan Selatan Semenanjung Malaysia.

Negeri-negeri ini mula mengalami gangguan jam 10 pagi dan berlarutan selama 5 jam pada 4 September sehingga industri tempatan kerugian $13.8 juta.

Sumber: Wikipedia, Cari Gold

syafiq halim

Top Fan Sepanjang Masa

Nur Farra