Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Minah Saleh Dedah 8 Perkara Tentang Malaysia Yang Tak Pernah Dijangka
Setiap orang yang melancong ke negara baharu pasti membawa pulang pengalaman yang berbeza.
Ada yang jatuh cinta dengan keindahan alam semula jadi, ada yang terpikat dengan makanan tempatan. Tidak dilupakan, ada juga yang mungkin 'terkejut' dengan budaya serta cara hidup masyarakat setempat.
Begitulah yang dialami oleh seorang pelancong wanita dikenali sebagai @eleannat apabila berkongsi perkara-perkara yang paling mengejutkan sepanjang berada di Malaysia.
Menerusi satu video yang dimuat naik di TikTok, wanita itu mengakui sudah mengembara ke lebih 15 buah negara.
Namun menurutnya, Malaysia merupakan antara destinasi yang paling banyak memberikan pengalaman unik yang langsung tidak dijangkakannya.
Berdasarkan perkongsian pelancong wanita ini, difahamkan bahawa dia menginap di Pulau Rebak, Langkawi ketika berkunjung ke Malaysia.
Menurutnya, ada beberapa perkara yang mencuri perhatiannya sepanjang keberadaan di situ.
Hampir setiap pemandu teksi di Malaysia memasang lagu-lagu pop yang best. Saya tak pernah jumpa perkara macam ni di mana-mana negara lain. Saya tak tahu kenapa, tapi saya memang suka.
Seorang pemandu pula memasang lagu Eminem sepanjang perjalanan. Daripada lagu lama sampai lagu baru. Siap buat eye contact melalui cermin sambil sama-sama layan lagu. Sebagai peminat Eminem, itu mungkin perjalanan teksi terbaik yang pernah saya alami.
Saya nampak seekor lembu berjalan di tengah jalan. Bukan dekat kawasan ladang, tapi betul-betul di atas jalan raya. Selamba saja berjalan macam itu memang tempat dia.
Kuih tradisional Malaysia. Kuih kecil berwarna hijau yang diperbuat daripada tepung beras ini nampak sangat cantik, macam hasil seni. Rasanya pula sangat unik, tak pernah saya rasa sebelum ini. Rasa macam satu 'jenayah' sebab kuih ini tak terkenal di seluruh dunia.

Teh tarik. Minuman teh susu tarik yang harganya sekitar €0.80 (lebih kurang RM4). Bagi saya, inilah minuman terbaik di Asia Tenggara dan saya tak faham kenapa ramai tak bercakap tentangnya. (Kegemaran saya selepas teh Karak.)
Banyak restoran tempatan hanya menerima bayaran tunai. Jadi kalau datang ke Malaysia, pastikan bawa duit tunai. Kalau tak, anda mungkin akan jadi macam saya yang terpaksa mencari jalan penyelesaian pada hari pertama.
Dengan hanya sekitar €2 (lebih kurang RM10), anda dah boleh dapat satu hidangan lengkap. Siap ada protein dan rasanya pula sangat sedap.
Pulau yang saya menginap langsung tiada kereta. Hanya ada buggy (kereta golf) dan suasana yang tenang tanpa bunyi bising. Bagi saya, inilah percutian impian.