Siakap Keli
Kredit: Bernama

(Video)Pengenalan Tulisan Jawi Dalam Silibus Akan Diteruskan, Tiada Peperiksaan Bagi Topik Berkenaan- Maszlee

Kuala Lumpur, 8 Ogos- Jemaaah Menteri telah memutuskan untuk memperkenalkan tulisan khat seperti yang dirancang dengan mengambil kira beberapa langkah penyesuaian yang berkaitan.

Menteri Pendidikan, YB Dr. Maszlee Malik berkata ketika Sidang Media Keputusan Mesyuarat Kabinet Berkaitan Tulisan Khat berkata, pengenalan itu akan dimuatkan dalam hanya 3 muka surat buku subjek Bahasa Malaysia darjah 4 untuk Sekolah Jenis Kebangsaan (SJK) Tamil dan Cina.

Tambahnya, pengenalan khat itu tidak akan dinilai dalam apa-apa ujian atau peperiksaan.

Tegasnya, tulisan jawi bukan merupakan subjek atau pun bahasa baru, namun ia merupakan sebahagian daripada silibus subjek wajib, bahasa Melayu itu sendiri.

“Kami berharap dengan keputusan ini, isu pengenalan tulisan khat tidak lagi dibangkitkan secara tidak tepat sehingga menimbulkan kekeliruan orang ramai.”

KPM dari masa ke masa akan terus mengadakan sesi libat urus dengan semua pihak demi kebaikan semua pihak dan demi manfaat sistem pendidikan negara.

Perbincangan antara Teo bersama 12 NGO itu telah mencapai konsensus bahawa hanya pengenalan seni tulisan khat yang akan diperkenalkan di sekolah rendah pada tahun hadapan. (Kredit: Bernama)

Tambahnya, pengenalan tersebut dilaksanakan secara pilihan. Guru-guru diberi kuasa untuk menentukan kaedah pelaksanaan mengikut kreativiti masing-masing.

Apabila ditanya samada murid dan guru boleh memilih untuk mempelajari tulisan ini, Maszlee berkata ia termasuk di dalam silibus, tetapi tidak diwajibkan.

Beliau menegaskan, pengenalan tulisan ini adalah untuk memperkenalkan anak-anak dengan warisan negara dan ia sebahagian daripada sejarah bahasa Melayu itu sendiri.

“Kita tahu tulisan ini bukan sesuatu yang asing dalam Bahasa Malaysia dan dalam negara kita. Misalnya jata negara, dan not bank, ada tulisan jawi dalam khat di situ.

“Jata-jata negeri juga terdapat tulisan jawi,” jelasnya menegaskan bahawa pengenalan tulisan jawi bukan satu proses Islamisasi atau Arabisasi seperti yang didakwa sesetengah pihak.

“Apa yang penting apabila kita melihat kepada tulisan ini ialah supaya kita tidak terpisah dari bahasa Melayu yang mempunyai sejarahnya,” katanya.

Keputusan ini dicapai setelah perbincangan daripada semua pihak dan mempertimbangkan permintaan setiap badan terlibat yang menyampaikan memorandum kepada Timbalan Menteri Pendidikan, YB Teo Nie Ching sebelum ini.

Pada 6 Ogos, Teo telah menerima memorandum daripada Pengerusi Gabungan Persatuan Guru-guru Sekolah Cina Malaysia dan Timbalan Pengerusi Pertubuhan Persekutuan Persatuan-persatuan Lembaga Pengurus Sekolah Cina Malaysia selepas mengadakan perjumpaan bersama 12 pertubuhan bukan kerajaan (NGO) berhubung isu tulisan khat di Kementerian Pendidikan hari ini.

Perbincangan antara Teo bersama 12 NGO itu telah mencapai konsensus bahawa hanya pengenalan seni tulisan khat yang akan diperkenalkan di sekolah rendah pada tahun hadapan.

Sumber: Bernama News Channel

Amira

Love yourself.

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.