Siakap Keli
Sumber: Wikipedia Commons

Keputusan Roboh Replika Buku Atas Bangunan Dikecam, Ini Kenyataan Rasmi Dari DBP

Sejak beberapa hari lepas, kecoh mengenai penularan satu surat mengenai kelulusan projek bagi merobohkan replika buku di atas bangunan Dewan Bahasa & Pustaka(DBP) yang terletak di Kuala Lumpur.

Foto: Facebook

Sehubungan dengan penularan surat itu, ramai netizen yang mempersoalkan dan mengecam keputusan itu kerana berpendapat ikon DBP itu perlu dikekalkan.

Sehubungan dengan itu, pihak DBP telah mengeluarkan satu kenyataan media bagi menjawab sekaligus memaklumkan alasan mengapa keputusan itu terpaksa dibuat.

Kami ingin memaklumkan bahawa kerja-kerja perobohan replika buku ini dibuat setelah mendapat nasihat daripada pakar Jabatan Kerja Raya(JKR) yang mengesahkan bahawa struktur replika tersebut tidak lagi berada dalam keadaan yang selamat.

DBP juga mengucapkan terima kasih atas keprihatinan orang ramai mengenai projek perobohan replika buku yang dimaksudkan. Namun, mereka terpaksa mengambil keputusan itu atas faktor.

Perobohan replika ini dibuat atas faktor keselamatan. DBP memberi perhatian yang serius terhadap keselamatan staf DBP, pengunjung dan orang awam.

Foto: Facebook DBP

Sumber: Facebook DBP

Amir Zakwan

Dulu sembang teknologi terkini, sekarang borak berita sensasi

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.