Siakap Keli

Tular Video Penunggang Motosikal Rempuh Pintu Kereta Yang Tiba-Tiba Dibuka Di Kawasan Lampu Isyarat

Malam tadi tular sebuah video yang menjadi bualan netizen di media sosial. Video berdurasi 35 saat itu dipercayai terakamkan oleh kamera ‘dashboard’ milik seorang individu.

Kejadian berkenaan sebenarnya mula menjadi perhatian ramai apabila rakaman terbabit dimuatnaik oleh sebuah laman di Facebook.

Video pendek itu memaparkan satu insiden yang didakwa terjadi di lampu isyarat berdekatan sebuah sekolah di Banting, Selangor.

Pada permulaan rakaman, kelihatan pemandu kereta merah melambai seolah-olah berinteraksi dengan individu di dalam kereta biru.

Beberapa saat kemudian, pintu di bahagian penumpang kereta biru berkenaan terbuka dan ketika itulah muncul sebuah motosikal dari arah belakang merempuh pintu terbabit dan terbabas.

Di akhir video, kelihatan penumpang bahagian belakang kereta biru itu keluar untuk memeriksa keadaan penunggang motosikal tersebut.

Lantaran itu, mula timbul pelbagai reaksi dan spekulasi tentang insiden terbabit.

Mungkin individu dalam kereta merah memberi tahu bahawa tayar kereta biru kurang angin.

Konvoi kawan-kawan, pemilik kereta merah ajak masuk ke dalam keretanya

Malah netizen turut mengkritik tindakan membuka pintu di tengah jalan raya, lebih-lebih lagi apabila individu berkenaan seolah-olah tidak melihat keadaan sekeliling sebelum membuka pintu.

Gambar: Twitter
Gambar: Twitter
Gambar: Twitter

Sumber: My Kuala Langat & 999

Fildza Zainal

No matter what people tell you, words and ideas can change the world. So pick up the pen and write.

Azmil

The best preparation for tomorrow is doing your best today. :)