Siakap Keli

Terkini: Selepas Negeri-Negari Di Utara, Kelantan Pula Dijangka Akan Dilanda Ribut Petir

Petang tadi negeri-negeri di utara Semenanjung Malaysia dikejutkan dengan angin kuat yang dikatakan sebagai ‘ekor’ taufan Lekima yang kini sedang membadai timur negara China.

Selain Malaysia, jiran utara kita iaitu Thailand turut menerima kesan daripada ‘ekor’ taufan Lekima ini.

Dalam satu kemaskini terbaru Jabatan Meteorologi Malaysia, amaran ribut petir telah dikeluarkan dimana lima buah negeri terlibat setakat malam ini.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan, dijangkakan negeri yang terlibat termasuk Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Perak dan Kelantan.

AMARAN RIBUT PETIR

Ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dijangka di negeri Perlis • Kedah • Pulau Pinang • Perak(Kerian, Larut, Matang Dan Selama, Hulu Perak dan Kuala Kangsar) • Kelantan (Tumpat, Pasir Mas, Kota Bharu, Jeli dan Tanah Merah) sehingga 2:00 pagi; Sabtu, 10 Ogos 2019.

Selepas beberapa negeri di bahagian utara dilanda ribut petir sebentar tadi, dijangkakan kelantan juga akan dilanda ribut petir sehingga jam 2 pagi ini.

Orang ramai yang berada di kawasan berkenaan dinasihatkan untuk lebih berwaspada dan berhati-hati.

Sumber: Jabatan Meteorologi Malaysia

syafiq halim

Top Fan Sepanjang Masa

Nur Farra