Siakap Keli
Gambar: foxohealth.com

Wanita Melecur Kemaluan Gara-Gara Rawatan Tradisional ‘Sauna Duduk’

Seorang wanita berusia 62 tahun terpaksa menanggung kesakitan apabila menderita akibat melecur di bahagian kemaluannya.  Kejadian tersebut bermula apabila dia terlalu mempercayai kaedah perubatan tradisional yang diberitahu oleh seorang pakar rawatan tradisional Tiongkok.

Pada awalnya, wanita tersebut menghidapi penyakit prolapsed vagina iaitu usus atau rahim beralih dari tempat asal. Penyakit ini kebiasaannya berlaku disebabkan komplikasi bersalin atau kehamilan, obesiti, menopaus, bersukan lasak dan juga disebabkan oleh kesan ubat-ubatan.

Wanita itu kemudian mencari tukang ubat tradisional untuk melakukan kaedah sauna duduk. Namun, kaedah kali ini sedikit berbeza kerana disarankan untuk mencampurkan campuran herba di dalam bekas yang berisi air yang mendidih dan duduk dalam tempoh 20 minit.

Wanita itu telah mengamalkan kaedah tersebut sebanyak dua kali dalam masa satu hari. Apabila doktor membuat pemeriksaan, didapati bahawa terdapat kesan luka melecur pada bahagian rahim dan lapisan vaginanya.

Akibat daripada kesan tersebut, doktor terpaksa merawatnya dan memberikan antibiotik supaya luka tersebut tidak menjadi lebih parah. Selain itu, wanita berkenaan juga perlu menutup kawasan tersebut dengan kain kasa dan perlu menukarnya dua kali sehari.

Kaedah perubatan sauna dilihat sebagai satu kaedah mudah yang dapat mengembalikan kesegaran vagina di samping dapat mengetatkannya kembali. Namun, pakar obstetrik telah menyangkal kaedah tersebut dan memaklumkan bahawa ianya berisiko untuk menyebabkan jangkitan.

Sumber: Intisari Online

syafiq halim

Top Fan Sepanjang Masa

Nur Farra