Siakap Keli
Gambar Hiasan

Pulau Sumatera Dilanda Dua Gempa Bumi Di Pagi Raya Korban Sebentar Tadi

Dua gempa bumi, masing-masing melebihi 5 skala magnitud dilapor menggegar Pulau Sumatera, Indonesia pagi tadi.

Menurut BERNAMA Radio, gempa yang berlaku kira-kira 9.11 pagi ketika umat Islam di sana menyambut Hari Aidiladha itu berpusat pada 222 kilometer tenggara wilayah Enggano-Bengkulu.

Akhbar tempatan, OKE News menyebut bahawa tiada amara tsunami dikeluarkan berhubung kejadian berkenaan.

Sehingga kini, tiada maklumat lanjut mengenai sebarang kerosakan harta benda mahupun kehilangan nyawa.

Sumber: BERNAMA Radio, OKE News

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.