Siakap Keli

(Video) “Dalam Hati Duk Mengucap Banyak Kali,” Individu Kongsi Detik Cemas Feri Dilanda Ribut

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Jumaat lalu tular video yang memaparkan beberapa kawasan di Langkawi yang dilanda ribut. Tidak terhenti di satu kawasan, bencana itu ‘bertiup’ yang menjejaskan beberapa negeri lain seperti Kedah, Pulau Pinang, Perak dan Perlis.

Justeru, ramai yang berkongsi keadaan semasa di tempat masing-masing dengan memuatnaik hantaran mahupun video di media sosial.

Laporan Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengesahkan bahawa kejadian ribut dan hujan lebat di beberapa negeri itu sebenarnya berpunca daripada taufan Lekima yang melanda beberapa wilayah di China.

Terbaru, seorang penguna Twitter telah berkongsi pengalamannya menghadapi bencana berkenaan ketika dia sedang berada di dalam feri. Menurutnya, insiden itu berlaku petang semalam ketika dia sedang dalam berjalanan dari Kuala Kedah ke Langkawi dengan menaiki feri.

“Aku duduk dekat tingkap bulatan merah tu. bila feri terkena ombak, air laut yang percik tu boleh smpai ke bulatan merah tu. ada sekali tu, feri langgar ombak tinggi kot, hempas laut kuat sangat, sampai patah stand kerusi.”

” Tapi dalam video ni, tak teruk lagi, ada lagi teruk, sampai satu feri gelap (balckout) maybe ada pintasan elektrik kot, sampai stand kerusi patah. Tapi tak sempat dah nak pikir untuk rakam. Dalam hati, duk mengucap banyak kali ja.”

Hantaran itu nyata mendapat pelbagai reaksi dan pendapat dari netizen. Malah ada di antara mereka yang turut berkongsi pengalaman mereka.

Pintu belah depan feri pecah kena ombak

Tiba-tiba ribut, kapal dah macam tinggi sebelah, sepanjang jalan nangis je

Sumber: Twitter

Fildza Zainal

No matter what people tell you, words and ideas can change the world. So pick up the pen and write.

Nur Farra