Siakap Keli
Gambar Hiasan

Terkini: Keluarga Sahkan Mayat Wanita Yang Ditemui Adalah Nora Anne

Menurut petikan portal berita Bernama, keluarga Nora Anne telah mengesahkan bahawa mayat yang dijumpai petang tadi adalah Nora Anne Quoirin yang hilang sejak 4 Ogos yang lalu. Pengesahan dibuat di Hospital Tuanku Jaafar, Seremban sebentar tadi.

Sebelum ini, pasukan mencari dan menyelamat (SAR) hari ini menemui mayat dipercayai seorang wanita pada hari kesepuluh operasi mencari dan menyelamat remaja Ireland, Nora Anne Quoirin, 15, yang dilapor hilang dari resort The Dusun, Pantai, Seremban.

Ketua Polis Negeri Sembilan Datuk Mohamad Mat Yusof yang mengesahkan penemuan itu berkata mayat itu ditemui oleh sepasukan pendaki sukarelawan yang menyertai operasi mencari dan menyelamat (SAR) pada pukul 1.57 tengah hari.

Mayat dibawa keluar daripada lokasi menggunakan helikopter dan terus diterbangkan ke HTJ.

Mazlan berkata mayat itu ditemui dalam keadaan tidak berpakaian dan enggan mengulas sama ada terdapat sebarang kecederaan pada tubuh mayat berkenaan dan menegaskan perlu menunggu laporan bedah siasat.

Remaja yang mengalami masalah pembelajaran itu tiba bersama keluarganya di Malaysia pada 3 Ogos untuk percutian dua minggu di negara ini.

 

Sumber: Bernama

Edayu

Lebih banyak menulis dari bersembang

Azmil

The best preparation for tomorrow is doing your best today. :)