Siakap Keli
Gambar Hiasan

“Tak Guna Pergi Masjid Tapi Tak Solat,” Kisah Wanita Mualaf Tak Mahu Lagi Ke Masjid Lepas Disindir ‘Mak Cik Bawang’

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Benar hidayah itu milik Allah, tetapi ia perlu sentiasa dicari dan bukannya hanya dinanti. Malah tiada siapa pun dapat menjangka bila Sang Pencipta akan menggerakkan hati seseorang untuk menerimanya.

Dan tentu ramai di antara kita yang pernah membaca kisah perjalanan seorang mualaf dalam menjalani kehidupan barunya. Pelbagai versi cerita yang pernah kita dengar, ada yang indah ataupun sebaliknya.

Namun apa yang pasti, sudah menjadi tanggungjawab sesama muslim untuk memberi sokongan serta kekuatan kepada saudara baru terutamanya dari segi  kebajikan, moral, kewangan mahupun pembelajaran.

Semalam, satu ciapan di laman twitter telah menarik perhatian netizen di mana individu terbabit telah meluahkan kekesalannya dengan sikap sesetengah orang. Katanya:

Mak aku seorang mualaf, dia pernah pergi ke masjid bersama ayah aku. Ketika dia berada di ruangan solat wanita, dia duduk untuk melihat orang lain bersolat. Tapi mak aku tak lakukannya (solat), sebab dia tak tahu.

Tapi satu hari tu, ada beberapa orang wanita ni cakap, apa guna mak aku pergi masjid tapi tak solat. Lepas tu, mak aku langsung taknak pergi masjid dah.

Tapi yang peliknya, wanita-wanita tu masih ambil tahu tentang mak aku, tanya kenapa dia tak pergi masjid.

Aku tak boleh lupa, ada satu masa tu aku pernah ajak mak aku pergi masjid tapi mak aku tolak, dia suruh aku pergi dengan nenek. Mak aku taknak orang mengata dia. Padahal mak aku dalam proses untuk belajar lagi.

Kadang-kadang mak ada je pergi masjid untuk dengar ceramah. Agak sukar jugak untuk mak aku membaca Al-Quran.

Ada satu hari dia panggil aku untuk dengar dia baca Al-Fatihah. Dia tanya aku, okay ke dia baca? Aku menangis bila dengar dia tanya macam tu.

Aku taknak mak aku atau mualaf lain lalui saat tu.

Aku harap saudara-saudara Islam akan tolong sesama sendiri dan bukannya hanya tahu hakimi. Benda tu yang terjadi kat aku masa kecil.

Kita perlukan kata-kata yang membina bukannya yang ‘menghancurkan’.

Ciapan berkenaan nyata mendapat banyak reaksi dari netizen dan ada di kalangan mereka tidak ketinggalan berkongsi pengalaman masing-masing.

Ada seorang pengawal yang bertanya dengan kasar ‘mana tudung kamu?’

“Eh, dah besar pun still pergi mengaji ke?”

[Pernafian : Nama beberapa individu dalam artikel ini tidak dapat didedahkan di atas sebab-sebab tertentu.]

fildza Zainal

No matter what people tell you, words and ideas can change the world. So pick up the pen and write.

Azmil

The best preparation for tomorrow is doing your best today. :)

Tambah komen