Siakap Keli
Kredit: Abu Fathiyyaturahma Menk AbdunMujtahid

“Anak Kucing Tu Berpaut Kuat Di Dinding Longkang” OKU Jadi Hero, Selamatkan Anak Kucing Nyaris Lemas

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Setiap hari, kita berpeluang untuk melakukan kebaikan atau keburukan dengan nyawa dan kesihatan yang dipinjamkan. Terpulang pada diri kita samada ingin melakukan kebaikan atau sebaliknya. Yang pasti, setiap tindakan kita akan ditanya di hari pembalasan kelak.

“You make a living with what you get, you make a life with what you give.”

Untuk memberi, tidak perlu tunggu menjadi kaya kerana kita boleh memberi dalam pelbagai bentuk samada material, tenaga ataupun doa.

Baru-baru ini, seorang lelaki kelainan upaya (OKU) membuktikan kelainan bukanlah penghalang baginya untuk membantu seekor anak kucing yang nyaris lemas.

Video tersebut dirakam rakannya yang juga seorang OKU pengguna kaki palsu, membuatkan kemampuannya turut terbatas.

Menurut lelaki tersebut, Abu Fathiyyaturrahma, anak kucing itu sedang berpaut kuat pada dinding longkang dalam keadaan basah kuyup.

Pagi tadi masa dalam perjalanan ke Kompleks Sukan Likas kami ternampak seekor anak kucing yang terjatuh dalam longkang besar sedang berpaut kuat di dinding longkang dengan basah kuyup. Entah dari bila lagi dia di situ. Saya pun cuba naikkan kucing itu ke atas.

Alhamdulillah kami dapat bantu dia naik.

Semoga video ini menjadi inspirasi buat kita untuk melakukan kebaikan di mana sahaja ketika kita mampu, kerana kita tidak tahu jika esok lusa kita masih berpeluang melakukan kebaikan yang sama atau tidak. Just do it!

Sumber: Abu Fathiyyaturahma Menk AbdunMujtahid

Amira

Love yourself.

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.