Siakap Keli

Penyerang Thailand Mengakui Menyesal Kerana Memulakan Pergaduhan Dengan Pemain Malaysia

Pemain pasukan U-15 Thailand yang terlibat dalam pergaduhan dengan pemain pasukan Malaysia, Kongpop Sroirak memohon maaf kepada Presiden AF Thailand pada Rabu lalu (14 Ogos).

Presiden FA Thailand, Somyot Poompanmoung menjemput semua pasukan kebangsaan U-15 dari Thailand untuk bersaing di Piala AFF U-15, 2019.

Kongpop Sroirak yang merupakan salah satu daripada pemain pasukan Thailand, menjadi tumpuan kerana terlibat dalam pergaduhan dengan Malaysia dalam perlawanan terakhir AFF U-15, 2019 yang diadakan di stadium IPE Chonburi,pada Jumaat lepas (9 Ogos).

Kongpop yang diiringi oleh ibu bapanya, memohon maaf kepada semua pemain, pegawai dan jurulatih Thailand U-15 di atas tindakannya.

Dia mengaku, menyesali akan tindakannya.

Somyot, yang juga melihat secara langsung, turut memberikan komen dengan berpesan kepada Kongpop untuk mengubah tingkah lakunya.

“Masanya untuk mengubah sikap luar dan dalam. Kembali bekerja keras dan menjadi pemain hebat.” Komen Somyot.

Kejadian bermula ketika permainan memasuki masa injury time. Pemain Malaysia yang kelihatan cuba untuk melengahkan masa dengan hanya mengawal bola tersebut di sudut pertahanan sendiri. Pada masa itu, Thailand tertinggal dengan skor 1-2.

Salah seorang pemain Thailand yang tidak sabar, terpaksa menjatuhkan pemain Malaysia untuk tujuan merebut bola.

Adam Uwais, pemain Malaysia, tidak berpuas hati, lalu menolak pemain lawan.

Kongpop pun terlibat dalam pergaduhan tersebut hingga melakukan tindakan dengan memukul kedua pemain Malaysia, Muhammad Izwan dan Zubaidi Mohd Buang.

Khairil, yang juga pemain Malaysia, membalas pukulan terhadap Kongpop dan akhirnya Kongpop melarikan diri dan hampir memukul seorang lagi pemain Malaysia.

Kejadian tersebut akhirnya berjaya dikawal oleh 6 orang pemain daripada kedua-dua pasukan.

Kongpop diberikan kad merah oleh pengadil kerana tindakannya yang salah dan Malaysia pula memenangi Piala AFF U-15.

Sumber: Bolasport

Eyen Mirlen

write deeply from your heart