Siakap Keli
Gambar Hiasan

Suntikan BCG Tinggalkan Parut, Doktor Ini Jelaskan Sebabnya

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Apa yang dimaksudkan dengan BCG? BCG merupakan singkatan perkataan Bacillus Calmette Gurrain iaitu vaksin yang mengandungi sejenis kuman lemah yang tidak menyebabkan penyakit malah merangsang sistem imum badan untuk melawan penyakit Tibi.

Sewaktu kita dilahirkan, kita sudah diberi vaksin BCG dan sekali lagi semasa umur tujuh tahun, vaksin ini diberi semula jika pada lengan anak atau diri sendiri tidak mempunyai parut.

Mesti ada di antara kita yang tertanya-tanya, kenapa pada lengan kita terdapat satu parut akibat vaksin ini tidak kisahlah parut bersaiz besar mahupun kecil. Ada juga sesetengah ibu bapa yang risaukan parut yang timbul di bahu anak tersebut.

Bagi mendapat persoalan anda, Doktor Zubaidi Hj Ahmad akan menerangkan kenapa timbul parut pada lengan seseorang.

Menurut Dr Zubaidi, polisi pemberian suntikan vaksin BCG sangat berbeza antara satu negara dengan negara yang lain.

Jika suntikan itu termasuk ke dalam sedikit iaitu memasuki lapisan subcutaneous, kemungkinan akan berlaku jangkitan kuman dan berbentuk nanah. Dalam hal ini perlu rawatan lanjut.

Namun, tidak semua bengkakan nanah itu disebabkan oleh teknik suntikan yang salah. Ia cuma sebahagian komplikasi yang berlaku. Jika berlaku juga nanah di lengan anak, doktor akan berikan rawatan antibiotik atau tidak.

Jangan sesekali merawat anak sendiri dengan membeli ubat di farmasi atau membeli ubat sapu di kedai biasa.

Bagi yang mempunyai parut yang terlalu besar yang agak melampau yang diberi nama hypertrophic scars atau keloid scars. Ini bukanlah satu komplikasi yang merbahaya.

Apabila seseorang itu mempunyai parut yang besar akibat suntikan BCG ia adalah lebih baik daripada seseorang yang mempunyai parut yang lebih kecil selepas suntikan BCG. Parut suntikan telah menandakan seseorang itu mempunyai dayatahan immuniti dalam tubuhnya.

Jadi jangalah risaulah jika anak kecil dan juga diri anda yang mempunyai parut yang besar kerana itu adalah perkara biasa.

Sumber: Dr Zubaidi Haji Ahmad

Edayu

Lebih banyak menulis dari bersembang

Azmil

The best preparation for tomorrow is doing your best today. :)