Siakap Keli
Gambar Hiasan

Datang Haid Lewat Tapi Tak Hamil, Ini 4 Punca Yang Si Isteri Perlu Tahu

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Bagi seorang wanita, masalah lewat datang haid bukanlah satu perkara yang dipandang remeh. Pendarahan haid atau menstruasi ialah pendarahan daripada lapisan rahim. Masalah haid tak teratur sering merisaukan kerana kitaran haid menentukan tahap kesuburan dan kesihatan para golongan wanita.

Bagi wanita yang berkahwin, perasaan teruja itu datang selepas ada beberapa petanda hamil terutamanya bila haid datang lewat. Tapi perasaan itu cuma sekejap, selepas keputusan yang diterima adalah sebaliknya.

Tambahan pula sebelum ini kitaran haid anda biasanya on-time, normal dan teratur. Secara tiba-tiba tidak datang berhari-hari. Mesti pelik kan?

Usah risau, Doktor Zubaidi Haji Ahmad akan menjelaskan persoalan yang terbuku dalam fikiran anda terutamnya bagi kaum wanita mengenai bahaya atau tidak haid datang lewat tetapi tidak hamil.

Menurut Doktor Zubaidi, banyak punca kelewatan haid dan ia dianggap normal selagi kitaran haid pada 21 hingga 35 hari.

Antara punca kelewatan haid adalah;

  1. Emosi yang tertekan

  2. Senaman berlebihan

  3. Penurunan berat badan secara mendadak

  4. Berat badan yang berlebihan

Punca di atas akan menyebabkan tahap hormon terjejas dan mengganggu kitaran haid anda. Kelenjar ovari biasanya akan mengeluarkan satu telur ovum pada kitaran haid  yang berlaku pada 12 hingga 14 hari selepas hari pertama haid.

Semua orang tahu, jika telur tidak disenyawakan lapisan dalam rahim anda akan jatuh sebagai darah haid bermula pada hari pertama kitaran haid seorang wanita.

Jika ovari anda tidak mengeluarkan telur ovum yang sepatutnya maka rahim tidak menerima sebarang syarat yang diperlukan untuk menjatuhkan darah haid. Maka haid tersebut lebih lambat.

Untuk pengetahuan anda, selalunya kelewatan datang haid bukanlah satu perkara yang merbahaya tetapi jika berulang kali ia terjadi dan ujian kehamilan tetap negatif, doktor ini cadangkan untuk berjumpa dengan doktor yang sepatutnya untuk mengetahui punca kelewatan itu.

Terdapat dua kemungkinan iaitu Polycystic Ovarian Cyst (PCOS) dan Hyperprolactinemia.

PCOS ini adalah masalah yang disebabkan oleh tahap hormon tertentu merangsang kelenjar ovari menghasilkan banyak follicle iaitu kelumpang yang mengandungi telur ovum. Masalahnya semua daripada folikel tidak cukup matang untuk mengeluarkan telur.

Tanda-tanda PCOS ini termasuklah pertumbuhan bulu yang berlebihan di muka, dada dan bahagian abdomen, jerawat serta berat badan yang berlebihan.

Selain itu, tahap hormaon prolaktin yang terlalu tinggi (Hyperprolactinemia). Kebiasaannya, wanita yang mengeluarkan jormonini apabila seseorang itu sedang menyusu. Kadar hormon ini yang berlebihan akan menyebabkan haid tidak datang.

Namun, tidak semua wanita mempunyai masalah itu. Pemeriksaan adalah jalan terbaik untuk mengetahui lebih lanjut tentang kesihatan anda.

Sumber: Dr Zubaidi Hj Ahmad

Edayu

Lebih banyak menulis dari bersembang

Azmil

The best preparation for tomorrow is doing your best today. :)