Siakap Keli
Gambar Hiasan

Kenali 5 Masalah Mental yang Sering Dialami Oleh Haiwan Peliharaan Yang Mungkin Diluar Jangkaan Anda

Sudah tidak dinafikan, sesetengah manusia sangat sayangkan haiwan dan ada yang ambil unuk menjaga mereka bagai menatang minyak yang penuh bahkan ada yang sangat menyayangi seperti anak manusia.

Haiwan yang sering menjadi ‘buah hati’ manusia adalah kucing, anjing, arnab, hamster dan sugar glider. Segala kelengkapan sanggup berhabis ratusan ringgit semata-mata untuk keselesaan haiwan kesayangan tersebut.

Tapi, sebagai penjaga haiwan tersebut, pernah atau tidak anda terfikir bahawa haiwan-haiwan jagaan anda ini mempunyai masalah mental seperti yang dialami oleh manusia. Hubungan manusia dan haiwan sangat rapat sehinggakan manusia semakin peka dengan kesihatan seekor haiwan.

Ini adalah tujuh masalah mental yang dialami oleh sesetengah haiwan kesayangan anda;

1. Gangguan Tidur

Untuk pengetahuan anda, sesetengah kucing dan anjing mengalami maslah tidur yang berbeza iaitu masalah narcolepsy iaitu menyebabkan sesetengah haiwan akan tidur dalam tempoh yang terlalu panjang. 

Selain itu adalah masalah apnea adalah mempunyai masalah kualiti tidur dan masalah saluran pernafasan yang menyebabkan kucing atau anjing akan berlari ke dinding dalam tidur mereka.

2. Alzheimer’s

Umum mengetahui Alzheimer’s adalah masalah nyanyuk yang biasa kita didengari. Haiwan yang berumur mungkin mudah mendapat penyakit ini khususnya kepada kucing dan anjing yang mirip dengan penyakit yang dialami oleh manusia. Ia diberi rawatan dengan cara diet dan senaman.

3. Depresi

Mungkin terkejut bagi kita sebagai manusia yang mendengar masalah depresi berlaku kepada haiwan. Contoh haiwan yang sering terkena penyakit ini adalah tikus kerana sering dijadikan ujikaji makmal.

4. Autisma

Bagi manusai, penyakit ini sangat dititikberatkan dan diberi keutamaan. Bahkan untuk haiwan juga sangat peka dengan masalah ini. Sering terjadi pada anjing yang berbaka Bull Terriers. Baka ini dikenali dengan tingkah laku yang aneh termasuklah obses mengejar ekor sendiri, mengunyah dan aktif bermain.

5. Pica

Bagi pencinta haiwan, semestinya sering terlihat kelaku haiwan kesayangan anda melakukan perangai ‘gila’ seperti mengoyakkan sofa, makan kertas dan ada yang akan mengigit sesuatu sehingga terkoyak.

Pica ini akibat daripada kekurangan nutrisi atau masalah pergigian dan sangat mudah untuk dirawat. Bagaimanpun, ia akan lebih sukar untuk dirawat sebaliknya anda dinasihatkan untuk sentiasa bermain dan bermanja dengan mereka.

Kesempatan ini, kita sebagai manusia yang mempunyai sifat kasih sayang agar sentiasa menyanyangi haiwan disekeliling anda, Jangan bertindak kejam dengan haiwan kerana mereka tidak mempunyai akal seperti manusia.

Sumber: Iluminasi

Edayu

Lebih banyak menulis dari bersembang

Azmil

The best preparation for tomorrow is doing your best today. :)