Siakap Keli

“Macam Mana Nak Apply Kerja Istana?”, Netizen Teruja Tunku Azizah Kongsi MenuMasakan Buat Pekerja Istana

Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah sangat terkenal dengan keperibadian yang cantik, bijak dan pandai memasak.

Permaisuri juga dikatakan sebagai seorang yang cekap dalam selok-belok tentang masakan dan mengetahui segala kekurangan pada setiap masakan yang pernah dirasai. Selain daripada itu, Raja Permaisuri Agong juga tidak mengambil masa yang lama bagi menyiapkan sesuatu juadah.

Dalam perkongsian terbaru di laman Twitter, Tunku Azizah telah memuat naik beberapa keping foto masakannya. Menerusi perkongsian tersebut, Tuanku memaklumkan menu masakannya yang akan dibawa ke Pantai Balok untuk dinikmati oleh pekerja Istana dan juga pengawal keselamatan di sana.

https://platform.twitter.com/widgets.js

Seperti kebiasaan, perkongsian berkenaan telah berjaya mencuri perhatian rata-rata warganet.

Khasiat daun munggai

“Teringinnya nak makan masakan tengku permaisuri”

Nak kerja dalam istana

Sumber: Twitter @cheminahsayang

syafiq halim

Top Fan Sepanjang Masa

Nur Farra