Siakap Keli

‘Memandai Pulak Nak Suruh Sumbat Anak Orang”, Individu Dikecam Syor Tips Tak Masuk Akal, Khuatir Pengaruh Ibu Muda

Bayi yang baru dilahirkan sememangnya memerlukan penjagaan yang rapi daripada kedua-dua ibu bapanya. Pelbagai aspek perlu diteliti supaya bayi yang baru dilahirkan tidak mengalami sebarang masalah. Begitu juga bagi aspek pemakanan bayi, ibu bapa perlu peka terhadap jenis makanan yang boleh diberikan kepada bayi yang baru dilahirkan.

Memetik maklumat daripada portal rasmi Kementerian Kesihatan Malaysia, susu ibu merupakan makanan yang paling sesuai bagi bayi. Penyusuan susu ibu memberikan faedah daripada segi fizikal dan emosi kepada ibu dan bayi. Penyusuan susu ibu bagi 6 bulan yang pertama adalah sangat digalakkan.

Walau bagaimanapun, isu ini sedikit hangat didebatkan melalui satu group Facebook apabila seorang individu mencadangkan anggur hitam dijadikan alternatif pengganti susu kepada bayi yang baru dilahirkan atas sebab yang kurang pasti.

Pun begitu, cadangan itu diselar beberapa individu lain yang beranggapan tips itu tidak masuk akal dan secara tidak langsung menimbulkan rasa kesal dalam kalangan warganet yang lain kerana menganggap kenyataan itu boleh membawa padah kepada bayi tersebut.

“Baby newborn tak boleh dibagi apa-apa selain dari susu”

“Memandai pulak nak suruh sumbat anak orang”

Turut dinyatakan di dalam perkongsian itu, warganet perlu bertanggungjawab dengan setiap komen yang diturunkan kerana ianya boleh mendatangkan mudarat kepada orang lain. Perkara ini kerana setiap komen yang diberi sedikit sebanyak akan mempengaruhi pemikiran seseorang terutamanya bagi ibu bapa yang pertama kali dianugerahi cahaya mata.

“Nak membodohkan orang bukan kat sini”

Sumber: Facebook

syafiq halim

Top Fan Sepanjang Masa

Nur Farra