Siakap Keli

Letupan Bom Di Majlis Perkahwinan, 63 Orang Terkorban, 182 Orang Cedera

Sebuah majlis perkahwinan yang berlangsung di Kabul, Afghanistan telah digemparkan dengan satu serangan bom bunuh diri sehingga menimbulkan kekecohan.

Menurut jurucakap Kementerian Dalam Negeri Afghanistan, sekurang-kurangnya 63 orang telah terkorban dan mencederakan sekitar 182 orang yang berada di dalam majlis tersebut.

Antara mangsa yang terlibat ialah wanita dan kanak-kanak dan kira-kira 20 orang telah dibawa ke Hospital Kabul bagi mendapatkan rawatan.

Menurut seorang saksi yang turut berada di situ, dia mendengar satu bunyi letupan yang kuat ketika sedang bersiap untuk tidur.

“Apabila saya keluar, saya melihat asap keluar dari dewan, saya melihat mayat dan orang yang cedera yang dibawa ke hospital oleh polis dan ambulans Kabul. Kami terlalu terkejut dan kecewa terhadap kejadian itu”

Gambar: DNA India

Walau bagaimanapun, pihak Taliban telah menafikan tindakan tersebut dan juga mengutuk serangan bunuh diri seperti itu terhadap orang awam.

Sumber: Edition.cnn.com

syafiq halim

Top Fan Sepanjang Masa

Nur Farra