Siakap Keli
Gambar: fajar.co.id

‘Suprise’ Daripada Jokowi, Minta Izin Pindah Ibu Negara Ke Borneo

Presiden Indonesia, Joko Widodo (Jokowi) telah melakukan kejutan ketika menyampaikan ucapannya disidang tahunan dalam rangka Hari Ulang Tahun (HUT) ke-74 Indonesia.

Menerusi ucapannya, Jokowi sendiri meminta izin daripada badan perundangan untuk memindahkan ibu negara Indonesia dari Jakarta ke Kalimantan. Kenyataannya itu mengejutkan ramai orang kerana sebelum ini Jokowi tidak pernah mengungkapkannya secara jelas.

Pemindahan ibu negara itu dibuat kerana dipercayai dapat meningkatkan ekonomi negara. Tambahnya lagi, perubahan itu juga berpotensi menyumbang kepada kemajuan negara dan bangsa.

Dengan memohon redha Allah SWT, dengan meminta izin dan sokongan dari Dewan Perwakilan, tokoh kebangsaan, terutama dari seluruh rakyat Indonesia, saya meminta izin untuk memindahkan ibu negara kita ke Pulau Borneo.

Selain itu, Jokowi juga menambah bahawa ibu negara bukan sahaja dijadikan simbol identiti kebangsaan, malah berperanan untuk memacu kemajuan negara demi mewujudkan kesaksamaan dan keadilan ekonomi.

Sumber: CNBC Indonesia

syafiq halim

Top Fan Sepanjang Masa

Nur Farra