Siakap Keli

Hari Kedua: Misi Pencarian Kanak-kanak Berusia 6 Tahun, Yang Jatuh Ke Dalam Sungai Stour Di Kent

Menurut laporan, Lucas Dobson, 6 tahun sudah tidak kelihatan sejak 1:20 petang pada Sabtu lalu (17 Ogos) apabila ia jatuh ke dalam air.

Ayah Lucas terpaksa terjun ke dalam air untuk menyelamatkan anak lelakinya yang jatuh di Sungai Stour berhampiran Sandwich, Kent semasa memancing.

Pelbagai agensi telah turun untuk membantu mencari Lucas antaranya ialah,  pihak polis, paramedik, pengawal keselamatan, bomba serta sukarelawan.

Ibu saudara Lucas memberitahu bahawa kejadian ini berlaku kerana Lucas yang awalnya berada di jeti dan cuba untuk melangkah menaiki bot, namun dia terjatuh di perantaraan jeti dan juga bot.

“Ayah Lucas dan dua lagi rakannya segera terjun ke dalam sungai untuk mendapatkan Lucas, namun gagal kerana arus sungainya sangat deras.” terang ibu saudara Lucas

“Mereka kerap pergi memancing bersama-sama dan anak-anak mereka akan ikut serta untuk bermain bersama-sama” tambahnya.

Pihak berkuasa berhenti melakukan pencarian pada jam 10 malam Ahad lalu (18 Ogos) atas alasan keselamatan.

Penolong Pengarah Perkhidmatan Bomba dan Penyelamat Kent, Chris Colgan berkata, “Kami sangat berterima kasih kepada semua yang sudah bekerjasama dalam misi pencarian kanak-kanak hilang ini. Saya memohon kepada anda semua yang datang dan berada di kawasan ini untuk bersama-sama membantu mencari Lucas.”

“Pastikan semasa misi pencarian semua hendaknya berhati-hati, sentiasa dalam kumpulan dan utamakan keselamatan diri anda.” tambahnya.

Sumber: Mirror

Eyen Mirlen

write deeply from your heart

Azmil

The best preparation for tomorrow is doing your best today. :)