Siakap Keli

(Video) ”Peringatan Daripada Allah,” Rakaman Detik Cemas Belalai Air ‘Gegarkan’ Langkawi

Orang ramai di sekitar Telaga Habour Park berhampiran Pantai Kok di sini ‘dikejutkan’ dengan fenomena belalai air atau puting beliung kecil yang berlaku kira-kira 10 minit pagi tadi.

Pegawai Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Daerah Langkawi Kapten (PA) Shahfikri Darus berkata kejadian yang berlaku kira-kira 11 pagi itu turut disusuli dengan hujan lebat dan angin kencang.

“Bagaimanapun setakat 2 petang ini tiada sebarang laporan kerosakan akibat fenomena tersebut dilaporkan.

“Berdasarkan maklumat Jabatan Meteorologi Malaysia, kejadian tersebut merupakan fenomena cuaca yang normal,” katanya kepada sumber.

Difahamkan kejadian tersebut turut dilihat secara dekat oleh sekumpulan 80 pelancong yang berada di pulau buatan Paradise 101 berhampiran lokasi kejadian.

Fenomena tersebut menjadi tular selepas penduduk pulau ini berkongsi gambar dan video dalam media sosial seperti Facebook, Twitter serta aplikasi WhatsApp.

Sementara itu, menerusi laman sosial rata-rata netizen turut melemparkan pelbagai komen atau pendapat berhubung kejadian yang berlaku. Ada yang menyifatkan ianya merupakan satu bentuk peringatan daripada Allah kepada semua.

Moga Allah jauhkan bala bencana dan kehancuran

Peringatan dari Allah

Sumber : Bernama

Sha Rossa

Manis macam 'Rosalinda' tapi bukan dia.

Azmil

The best preparation for tomorrow is doing your best today. :)