Siakap Keli

Dulu Jadi Adiwira Pepaya, Kini Zul Yahya Jadi Adiwira Penjaga Kebersihan Kota

Kebersihan merupakan perkara asas dalam membentuk ketamadunan. Jika kita lihat negara-negara maju pada hari ini, kebanyakannya mempunyai sistem penjagaan alam sekitar yang lebih terkehadapan berbanding negara-negara membangun dan negara dunia ketiga.

Tanggungjawab menjaga kebersihan bermula dengan diri sendiri, keluarga dan masyarakat. Baru-baru ini, video selebriti tanah air yang terkenal dengan cerita adiwira Pepaya, Zul Yahya tular di media sosial. Zul yang tidak mengetahui perbuatannya dirakam dilihat sedang menyapu sampah di sebuah restoran makanan segera di Ipoh.

Video yang dirakam oleh orang awam itu mendapat lebih 49 ribu tontonan dan lebih 400 perkongsian. Rata-rata warga maya memuji usaha Zul Yahya yang sanggup turun padang menyapu sampah di kawasan berkenaan atas inisiatif sendiri. Inilah sikap terpuji yang patut dicontohi.

Tindakan Zul itu mendapat pujian dan tahniah daripada netizen atas keteladanan yang ditunjukkannya.

“Jepun, longkang dia pun boleh bela ikan. Kita, sungai pun ikan mati.”

Dalam satu video live di Facebook miliknya, Zul Yahya berpesan kepada orang ramai agar menjaga kebersihan di persekitaran.

“Letak plastik sampah dalam beg. Kita harini lelaki dan perempuan semua bawa beg. Tolong ya abang besar letak plastik sampah dalam beg silang, ataupun perempuan yang ada beg-beg mahal tu, letakkan plastik sampah biru.

“Bila kita makan atau beli apa-apa, sisa-sisa sampah tu jangan buang merata, buang dalam plastik sampah,” katanya.

Zul turut membandingkan kebersihan di negara Jepun dengan negara kita.

“Jepun, longkang dia pun boleh bela ikan. Kita, sungai pun ikan mati.”

Beliau juga menyuarakan keinginannya untuk mengumpul dana dari penduduk sekitar untuk membeli tong sampah yang akan diletakkan di kawasan tersebut yang didakwa tidak mempunyai bilangan tong sampah yang cukup.

Zul Yahya yang berhijrah dari dunia hiburan kini membuka perniagaan restoran steamboat di Ipoh.

Sumber: Zul Yahya, Mohd Hairuddin

Amira

Love yourself.

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.