Siakap Keli

Nenek Didakwa Rendam Kaki Cucu Dalam Air Panas, Ada Risiko Mati

Kaylee Robinson, kanak-kanak berusia dua tahun, berisiko tinggi untuk kehilangan kakinya setelah didakwa kakinya dimasukkan ke dalam air panas yang sedang mendidih. Doktor dan Sheriff berkata bahawa, luka pada kaki Kaylee nampaknya disengajakan.

Kanak-kanak usia dua tahun dengan lecuran pada kakinya yang direndam tentunya sangat menyakitkan baginya. Nenek Kaylee, Jennifer Vaughn didakwa telah mencederakan cucunya di rumahnya di Chattanooga, Tennessee pada 11 Ogos lalu.

Jennifer Vaughn mengaku telah mencederakan Kaylee sebagai hukuman atas kesalahan yang dilakukan cucunya itu. Jennifer merupakan ibu kepada Kyle Vaughn yang mana tunangnya adalah ibu kepada Kaylee, iaitu Brittany Smith.

Brittany berkata kepada Metro US “Ini sangat dahsyat, menegangkan dan Kaylee setakat ini menjalani dua operasi tapi sepertinya belum berhasil.”

“Dia berisiko untuk mendapat jangkitan dan kemungkinan boleh mati.” tambahnya.

Kejadian bermula apabila Brittany meninggalkan Kaylee dengan Vaughn, tunangnya dan pergi berenang bersama dua lagi anaknya.

Namun, belum sampai lokasi Brittany sudah mendapat panggilan telefon dari Voughn yang memintanya segera pulang ke rumah dan Brittany dapat mendengar raungan anaknya melalui telefon.

Jennifer memberitahu dia meletakkan Kaylee di bilik mandi dan ketika meninggalkannya sendiri dia kakinya telah melecur.Kaylee dikejarkan ke hospital untuk mendapatkan rawatan. Jennifer didakwa atas penderaan kanak-kanak ditahan dan didenda sebanyak £ 123,000 ($ 150,000).

Sumber: The Sun

 

Eyen Mirlen

write deeply from your heart

Azmil

The best preparation for tomorrow is doing your best today. :)