Siakap Keli
Gambar Hiasan

Kos Tak Sampai RM10, Lelaki Kongsi Cara Berkesan Nak Baiki Kipas Yang Berpusing Perlahan

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Selalu cuci habuk pada kipas tapi tetap perlahan dan mengeluarkan angin yang sedikit. Ramai yang tertanya-tanya kenapa hal ini berlaku? Sehinggakan ada yang buntu dan menyebabkan seseorang itu stres. 

Memang akan stres bila kelajuan tahap maksima tetapi gerakannya tetap perlahan.

Perkongsian menarik ini mula tular di Twitter dari milik akaun Lutfy Hadi mengenai cara baiki kipas yang perlahan ke kelajuan asal yang boleh digunapakai tips ini untuk orang ramai.

“1. Buka sangkar kipas dan ‘unscrew’ penutup kepala kipas sampi terbuka penutup depan tu”

2. Tanggalkan bekas pada bahagian atas kipas.

Selalunya kipas macam ni boleh tarik terus keluar. Tengok dulu kadang-kadang ada jenis kena buka skru dalam tu. Bila dah tanggalkan, akan nampak kotak hitam ataupun namanya capasitor.

3. Beli 1.5 micro-farad (uF)

Beli uF kipas ini di mana-mana kedai hardware. Beli ikut value tu atau untuk kipas yang lama sikit boleh beli value lebih sikit. Aku beli 2.0uF. Jangan beli lebih banyak, sebab boleh rosak motor long-term. Harga benda ni RM4.

Macam ni aku malas nk bukak banyak part sebab nk kena bukak pakai nut, penutup besi tu. Memandang kan benda tu dh ada di luar, so aku kerat terus dan solder dgn capasitor baru.

4. Bila dah siap boleh skru semula

Pakai lah tape plastik hitam untuk wayar tu, ni aku pakai apa yang ada saja. Solder dengan timah tu semua beli kat kedai eco rm2. Siap semua skru balik mcm asal.

Bila dah siap, lelaki ini tunjuk hasilan daripada kerja diy yang bermodalkan bawah RM 10. Ia sangat berguna kepada anda semua. Lebih menjimatkan jika anda upah seseorang untuk servis.

 

P/S: Kerja-kerja membaik pulih peralatan elektrik sebaiknya dibuat oleh orang yang berpengalaman atau bertauliah dalam bidang berkenaan.

Sumber: Lutfy Hady

Edayu

Lebih banyak menulis dari bersembang

Azmil

The best preparation for tomorrow is doing your best today. :)