Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Seri Mazlan Lazim berkata berdasarkan pemantauan polis, tiada perhimpunan seperti yang dijadual berlangsung pada 2 petang ini.
“Kami (polis) puji (orang ramai) yang tidak datang dan mematuhi arahan polis. Bagaimanapun jika ada pihak yang berdegil kami akan ambil tindakan tegas,” katanya kepada pemberita selepas melakukan tinjauan di Little India, Brickfields di sini, hari ini.
Beliau berkata buat masa ini, jalan menuju ke Little India, Brickfields di sini, masih ditutup atas faktor keselamatan.
“Polis akan membuat penilaian sebelum membuka laluan di kawasan ini dan bilangan anggota yang berkawal di kawasan ini mencukupi,” katanya.
Semalam, Mazlan memberi amaran keras kepada orang ramai agar tidak menghadiri ‘Bantah Tulisan Khat Sekolah Tamil’ dan Say No To Zakir Naik, Equal Rights to Indians and Other Race, di Little India, Brickfields di sini.
Sumber: Bernama