Siakap Keli
Gambar: Earth.com

“Kami Nak Menetap Terus Di Bulan,” NASA Lancar Misi Untuk Tinggal Di Bulan Dan Jelajah Marikh

Agensi Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Kebangsaan (NASA) merancang untuk menghantar kru mereka ke permukaan bulan menjelang tahun 2024.

Angkasawan NASA, Nick Hague dan Drew Morgan telah menjalankan misi spacewalk pertama sejak beberapa lalu.

Angkasawan NASA, Nick Hague, memaparkan logo program Artemis semasa berada ruang angkasa (Gambar: NASA)

Mereka menambah bahawa kerja dan usaha yang sedang dijalankan sekarang adalah untuk misi masa depan mereka.

Namun misi kali ini sedikit berbeza apabila NASA telah membuat keputusan untuk pergi dan menetap di bulan pada 2024 nanti.

Program penerokaan bulan yang dinamakan sebagai program Artemis itu dikatakan bakal menghantar angkasawan wanita pertama ke permukaan bulan untuk tempoh lima tahun dan mereka perlu bersedia melakukan penjelajahan ke Marikh.

Baru sebentar tadi, NASA ada memuatnaik naik satu ciapan di twitter untuk berkongsi tentang berita ini.

“Lima puluh tahun lalu, kami jadi pelopor perjalanan ke bulan. Hari ini, kami terpanggil untuk menjadikan penerokaan kami lebih hebat.

Kami akan pergi ke bulan untuk menetap di sana, kemudian kami bakal menempa laluan ke Marikh dan lebih jauh. #Artemis adalah ‘perjalanan seterusnya’ untuk penerokaan manusia ke angkasa.”

Sumber: NASA & Space.com 

Fildza Zainal

No matter what people tell you, words and ideas can change the world. So pick up the pen and write.

Azmil

The best preparation for tomorrow is doing your best today. :)

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.