Jabatan Meteorologi Malaysia sebentar tadi telah mengeluarkan amaran ribut petir bagi beberapa 13 buah negeri melibatkan negeri Semenanjung Malaysia dan luar Semenanjung Malaysia.
Menurut kenyataan yang dikeluarkan, dijangkakan 13 negeri yang terlibat ialah Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Perak, Pahang, Selangor, WP Kuala Lumpur, WP Putrajaya, Negeri Sembilan, Johor, Sarawak, Sabah dan WP Labuan.
#ributpetirMMD
Posted by Malaysian Meteorological Department on Saturday, 24 August 2019
Kawasan yang dijangkakan terlibat sehingga jam 4 petang ini adalah Kerian (Perak), Bera, Rompin (Pahang), Klang, Gombak, Petaling, Kuala Langat, Hulu Langat, Sepang (Selangor), Jelebu, Seremban, Kuala Pilah, Jempol dan Tampin (Negeri Sembilan).
Sementara itu, kawasan lain yang diramalkan bakal terjejas adalah Segamat, Batu Pahat, Kluang, Mersing, Pontian, Kulai, Kota Tinggi, Johor Bahru (Johor), Miri, Marudi dan Limbang (Sarawak).
Manakala di Sabah pula, Sipitang, Tenom, Kuala Penyu, Beaufort (Pendalaman), Papar, Putatan, Panampang, Kota Kinabalu, Tuaran, Kota Belud (Panatai Barat), Sandakan, Kinabatangan dan kudat.
Sumber: Jabatan Meteorologi Malaysia