Siakap Keli
Foto: BERNAMA

Mahkamah Benarkan Bapa Muhammad Adib Mulakan Prosiding Komital Terhadap Peguam Negara

Keluarga ahli bomba, Muhammad Adib Mohd Kassin telah mendapatkan kebenaran untuk memulakan prosiding komital(hina mahkamah) terhadap Peguam Negara, Tommy Thomas.

Ia adalah berhubung dengan punca kematian anggota bomba dan penyelamat(JPBM) akibat mendapat kecederaan semasa menjalankan tugas pada 27 November tahun lepas.

Koroner Rofiah Mohamad mengambil keputusan itu selepas meneliti semua dokumen serta afidavit dikemukakan oleh kedua-dua pihak – pemohon yang diwakili peguamnya, Mohamed Haniff Khatri Abdulla dan peguam kanan persekutuan S. Narkunavathy yang mewakili Tommy dalam prosiding sebelum in.

Menurut Koroner Rofiah, mahkamah telah mendapati wujud prima facie dalam perjalanan prosiding kes inkues bagi menentukan punca kematian Muhammad Adib.

Tambah beliau lagi, kes kematian anggota bomba ini adalah merupakan kes berprofil tinggi dan berkepentingan umum.

“Afidavit yang dikemukakan (bekas) pegawai pengendali inkues, Hamdan Hamzah pada 3 April lepas pula menimbulkan gesaan supaya inkues ini digantikan dengan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI)”.

Katanya lagi,”Ia mewujudkan persepsi negatif persepsi negatif terhadap inkues yang dijalankan oleh saya atas kuasa peguam negara sendiri untuk mengetahui apakah punca dan hal ehwal di mana Muhammad Adib menemui ajalnya. Afidavit meletakkan seolah-olah inkues satu permainan wayang dan integriti mahkamah dipertikaikan”.

Bapa Adib, Mohd Kassin Abdul Hamid, 65 tahun mendakwa Tommy telah membuat penghinaan terhadap mahkamah menerusi afidavit yang difailkan oleh Jabatan Peguam Negara pada 3 April lepas berhubung punca kematian anaknya.

Peguam Negara itu juga didakwa telah campur tangan salah dalam pelaksanaan keadilan. Ia sekaligus menyebabkan prosiding inkues kematian Muhammad Adib tertangguh dan melambatkan proses keadilan.

Pada 17 Disember lalu, Mohammad Adib telah menghembuskan nafas terakhir selepas cedera parah dalam kejadian rusuhan di tapak Kuil Sri Maha Mariamman, USJ 25, Subang Jaya.

Sumber: BERNAMA

Amir Zakwan

Dulu sembang teknologi terkini, sekarang borak berita sensasi

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.