Saya percaya ramai daripada kita pasti pernah terkena ketumbit pada mata sekurang-kurangnya sekali dalam seumur hidup.
Pernah tak, bila kita ada ketumbit mata, kawan-kawan tuduh kita mengintai orang lain? Betul ke? Hakikatnya, ia adalah mitos dan hanya sekadar gurauan semata-mata. Ketumbit atau nama perubatannya, “hordeolum” atau “stye”.
Ia sebenarnya terjadi apabila kelenjar mata kita membengkak akibat jangkitan bakteria Staphylococcus aureus. Walaupun tidak merbahaya, ia boleh menyebabkan kita rasa kurang selesa selain menjejaskan penampilan.
Untuk mengenali ketumbit ini dengan lebih dekat, jom kita ikuti penerangan dari Hello Doktor ini terlebih dahulu.
Sumber: Hello Doktor