Siakap Keli
Gambar Hiasan(Foto: Ahora/Medical News Today)

Betul Ke Mengintai Orang Lain Mata Boleh Ketumbit? Ini Jawapan Dan Fakta Sebenarnya

Saya percaya ramai daripada kita pasti pernah terkena ketumbit pada mata sekurang-kurangnya sekali dalam seumur hidup.

Pernah tak, bila kita ada ketumbit mata, kawan-kawan tuduh kita mengintai orang lain? Betul ke? Hakikatnya, ia adalah mitos dan hanya sekadar gurauan semata-mata. Ketumbit atau nama perubatannya, “hordeolum” atau “stye”.

Ia sebenarnya terjadi apabila kelenjar mata kita membengkak akibat jangkitan bakteria Staphylococcus aureus. Walaupun tidak merbahaya, ia boleh menyebabkan kita rasa kurang selesa selain menjejaskan penampilan.

Untuk mengenali ketumbit ini dengan lebih dekat, jom kita ikuti penerangan dari Hello Doktor ini terlebih dahulu.

Jenis-jenis ketumbit

Terdapat 3 kelenjar kelopak mata yang sering dijangkiti, iaitu kelenjar Zeis, Moll, dan Meibom.

Berdasarkan kelenjar yang berjangkit, ketumbit mata boleh dibahagikan kepada dua jenis, iaitu hordeolum interna dan hordeolum eksterna. Pada hordeolum interna, yang dijangkiti adalah kelenjar Meibom, sedangkan jangkitan pada kelenjar Zeis atau Moll akan menyebabkan hordeolum eksterna.

Hordeolum eksterna akan muncul pada pangkal bulu mata karena lokasi kelenjar Zeis dan Moll berada pada pangkal bulu mata, sama ada pada kelopak mata atas atau bawah.

Sedangkan hordeolum interna biasanya akan muncul pada kelopak mata atas. Selain itu, pada hordeolum eksterna biasanya benjolan akan mengarah ke sisi luar, sedangkan hordeolum interna benjolan mengarah ke sisi dalam sehingga kelopak mata perlu dibuka untuk dapat melihat benjolan dengan lebih jelas.

Tanda dan gejala ketumbit

Jangkiran pada kelenjar kelopak mata ini akan menyebabkan timbulnya benjolan kecil sama ada pada kelopak mata atas atau bawah.

Benjolan ini biasanya akan terasa sakit, berwarna merah, dan terasa panas. Jika dibiarkan terlalu lama benjolan ini boleh mengeluarkan nanah.

Kadangkala benjolan yang cukup besar dapat mengganggu penglihatan mata. Selain muncul benjolan, mata Anda akan terasa kering seperti berpasir, yang menyebabkan gatal.

Biasanya mereka yang pernah mengalami masalah jangkitan lain pada mata atau yang mempunyai diabetes jenis 2 atau penyakit kulit seperti dermatitis lebih berisiko tinggi mengalami ketumbit.

Meskipun hordeolum tidak berbahaya, namun jika tidak dirawat, ia boleh menyebabkan jangkitan yang meluas pada kelopak mata, disebut sebagai selulitis periorbital.

Bagaimana cara merawat ketumbit?

Ketumbit merupakan penyakit yang boleh sembuh sendiri dalam masa 1-2 minggu, namun proses penyembuhan boleh diercepat dengan beberapa cara sederhana di rumah.

Ini termasuklah dengan mengenakkan kompres hangat pada mata anda sebanyak 4 kali sehari, dalam 10 minit setiap kali.

Jika cara ini masih belum menunjukkan hasil, anda boleh menemui doktor untuk mendapatkan antibiotik yang dapat membantu mempercepatkan penyembuhan jangkitan.

Jika benjolan cukup besar dan nanahnya cukup banyak, doktor mungkin menyarankan anda menjalani pembedahan kecil tanpa jahitan di mana benjolan akan dibuka dan isi nanah dikeluarkan melalui sebuah pembedahan kecil tanpa jahitan.

Yang penting, jangan cuba untuk memicit atau memecahkan benjolan untuk mengeluarkan nanah. Tindakan ini bahkan boleh menyebabkan jangkitan semakin merebak sehingga seluruh kelopak mata.

Chalazion, penyebab ketumbit bukan kerana bakteri

Ketumbit mata juga tidak semestinya berlaku disebabkan jangkitan bakteri. Dalam keadaan tertentu, ketumbit mata boleh berlaku disebabkan oleh adanya penyumbatan pada kelenjar kelopak mata tanpa adanya jangkitan bakteri.

Penyumbatan tersebut menyebabkan isi kelenjar terkumpul dan menggalakkan terjadinya keradangan pada kelopak mata yang akhirnya menyebabkan benjolan yang mirip dengan hordeolum. Benjolan yang tidak terasa sakit ini disebut sebagai chalazion.

Sumber: Hello Doktor

Amir Zakwan

Dulu sembang teknologi terkini, sekarang borak berita sensasi

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.