Siakap Keli
Gambar : FB Azizul Azli Ahmad

”Dia Setia Menunggu Melihat Isterinya Di Situ,” Secebis Kisah Buat Ramai Tersentuh

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Pasangan hidup yang sentiasa setia bersama di sisi saat susah dan senang sukar dicari ganti. Ketiadaannya umpama hilanglah ‘tulang belakang’ yang selama ini menjadi tempat untuk bersandar suka duka, penat dan lelah.

Perkongsian oleh Dr Azizul Azli Ahmad ini sedikit sebanyak menjentik hati yang membaca. Mungkin ini hanya secebis kisah masyarakat namun jika dilihat dari sudut pandang yang berbeza membawa pengertian yang besar.

Di hospital tadi saya nampak suami ini.

“Isteri saya, buah pinggang kena jangkitan kuman”.

Sejak isterinya ada di ICU saya perhatikan, dia berdiri menanti. Waktu pagi isterinya dikawal oleh pita lilitan agar pelawat tidak mendekati.

Dia satu satunya pesakit yang dipasang pita lilitan seperti kawasan jenayah, “sesiapa tidak boleh dekati”. Barangkali itu maksudnya.

Ternyata petang bila saya ziarah sekali lagi, isterinya masih kritikal dan terpaksa dipindahkan kedalam bilik rawatan rapi ini.

Lelaki ini sejak pagi, dia tetap menunggu isterinya. Sesekali anaknya datang sebelahnya. Saya singgah dan bertanya khabar keadaan isterinya. Anaknya sebaya Aqilah anak saya, saya kira.

Gambar : FB Azizul Azli Ahmad

Di wajahnya ada kesedihan yang luar biasa. Dia bercerita keadaan isterinya dengan ada air mata bertakung dikelopak matanya.

Sedih yang luar biasa. Jarang ada lelaki yang jatuh air mata melihat isterinya derita sakit.

Pasti ada banyak kenangan dan kebaikan isterinya yang menjadi ikatan cinta mereka. Saya sentuh dia, salam dan pegang tangannya erat.

“Kita sama sama doakan moga dia kembali sembuh seperti sedia kala”. Janji saya.

Petang tadi.. Keadaan isterinya semakin kritikal, sejak saya masuk petang ini. Saya perhatikan dia setia menunggu melihat isterinya disitu.

Dia kekal berdiri dan melihat disebalik dinding yang berkaca. Hati saya juga sebak melihatnya, sebab saya hanya menjaga seorang ibu.

Pastinya isterinya istimewa dihati suami ini. Setiap keindahan perhiasan dunia. Hanya isteri solehah perhiasan terindah.

Moga isterinya dan bonda saya kembali sembuh dan hadapi ujian kesihatan ini dengan baik. Saya terkenangkan isteri yang saya tinggalkan dirumah menjaga anak anak saya tercinta.

Kebaikkannya juga luar biasa.

Abah Qilah
#Melihat Indahnya Hidup Berkasih Sayang.

Sumber : Dr Azizul Azli Ahmad

Sha Rossa

Manis macam 'Rosalinda' tapi bukan dia.

Tambah komen