Siakap Keli
Gambar Hiasan (FOTO: THE SUN UK)

Didakwa Ubat Telah Tercemar, 16 Kanak-Kanak Derita Terkena ‘Sindrom Werewolf’

Seramai 16 orang kanak-kanak di Sepanyol dilaporkan telah mengalami sindrom Warewolf selepas mengambil ubat yang tercemar di Costa del Sol Sepanyol.

Kanak-kanak tersebut didakwa berlaku ketumbuhan lebihan bulu pada wajah dan keseluruhan badan mereka selepas mengambil ubatyang tercemar dengan minoxidil untuk merawat alopesia, kata laporan tempatan.

Ia akan menyebabkan kanak-kanak tersebut berlaku hypertrichosis di mana perkara ini jarang berlaku dan mengakibatkan tumbuhan bulu secara lebihan.

Kesan daripada kejadian ini, pihak Agensi Produk Perubatan dan Kesihatan Sepanyol telah mengarah beberapa kumpulan dari Farma-Quimica Sur Sl untuk keluarkan edaran pada tarikh 11 Julai yang diimport dari syarikat farmaseutikal di Malaga dari India.

Hasil daripada laporan pakar,ubat-ubatan yang terjejas tersebut telah ditarik balik untuk penghapusan.

Para ibu bapa dinasihatkan untuk membawa mereka berjumpa dengan pakar dengan segera jika melihat perubahan yang berlaku pada anak-anak kecil. Sumber kesihatan beritahu bahawa jika bayi berhenti untuk mendapatkan ubat tersebut secara automatik bulu-bulu yang tumbuh tersebut akan berhenti dan hilang.

Untuk pengetahuan anda, sindrom Warewolf ini merupakan satu keadaan di mana ianya jarang berlaku yang menyebabkan berlaku pertumbuhan bulu di sleuruh tubuh badan mangsa.

Ia boleh berlaku pada lelaki dan wanita. Pertumbuhan rambut yang tidak normal ini boleh menutupi wajah dengan bulu-bulu yang lebat.

Penyelesaiannya agak memakan masa jangka panjang kerana terpaksa melakukan pembedahan laser.

Sumber: TheSun.UK

Edayu

Lebih banyak menulis dari bersembang

Azmil

The best preparation for tomorrow is doing your best today. :)