Siakap Keli
Gambar Hiasan

Jabatan Meteorologi Keluar Nasihat Ribut Podul, Diramal Bakal Melanda Perairan Sabah

Kuala Lumpur, 28 Ogos – Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan nasihat Ribut Tropika (Podul) yang dijangka melanda kawasan perairan Sabah.

Dalam kenyataan yang dikeluarkan hari ini, MetMalaysia memaklumkan ribut tropika itu boleh menyebabkan berlakunya angin kencang dan laut bergelora dan jarak bandar terdekat dengan kedudukan ribut itu ialah kira-kira 1,136 km ke barat laut Kudat, Sabah.

“Berdasarkan pencerapan pada pukul 11 pagi ini, kedudukan ribut tropika itu berada kira-kira 493 km ke barat laut Luzon, Filipina dan sedang bergerak ke arah barat dengan kelajuan 35 km sejam,” kata kenyataan itu.

Menurut kenyataan itu, kelajuan angin ribut tropika berkenaan boleh mencapai sehingga 74 km sejam.

Sumber: Bernama

Edayu

Lebih banyak menulis dari bersembang

Azmil

The best preparation for tomorrow is doing your best today. :)

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.