Utama

Berita

Politik

Politik

Berita

Berita

Luar Negara

Berita

Politik

Politik

Berita

Berita

Luar Negara

Waspada, Lima Negeri Diramal Alami Ribut Petir & Hujan Lebat
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) hari ini mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di lima buah negeri sehingga jam 6 petang ini.
Hujan lebat diramal berlaku melibatkan daerah Kuala Kangsar, Kinta, Kampar dan Batang Padang di Perak.
METMalaysia menjangkakan cuaca buruk melanda sekitar daerah di Terengganu seperti Hulu Terengganu.
Selain itu, amaran berkenaan turut melibatkan kawasan Jerantut di Pahang.
Beralih ke Sarawak, ia melibatkan daerah Kuching, Serian (Serian), Semarahan, Betong (Saratok dan Kabong) dan Sarikei (Sarikei).
Ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dijangka melanda kawasan Pedalaman (Beaufort dan Tambunan), Pantai Barat, Sandakan (Telupid, Kinabatangan, Beluran dan Sandakan) dan Kudat (Kota Kinabalu) di Sabah.
METMalaysia memaklumkan amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mm/jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.
“Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran,” kata hantaran itu.
Sehubungan itu, penduduk di kawasan yang dinyatakan dinasihatkan supaya berwaspada dengan perubahan cuaca yang mendadak ini dan memastikan keselamatan diri serta keluarga terjamin.
Orang ramai juga dinasihatkan agar mengelakkan aktiviti luar dan sentiasa mengikuti perkembangan terkini mengenai amaran cuaca daripada pihak METMalaysia melalui saluran rasmi.
Langkah berjaga-jaga perlu diambil bagi mengurangkan risiko sebarang kejadian tidak diingini akibat cuaca buruk yang diramalkan melanda kawasan-kawasan tersebut.