Siakap Keli

Kisah Pembunuhan Tragis 4 Tahun Dulu, Gadis Dikelar, Ditikam Sebelum Ditinggalkan Di Bahu Jalan

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Masihkah anda ingat lagi peristiwa ngeri yang berlaku sekitar pada tahun 2015 di mana seorang remaja perempuan dikelar dan ditikam di lebuhraya Plus Utara Selatan.

Mungkin ada yang pernah mendengar nama Kamarul seorang bekas peguam dan kini menyambung kerjayanya sebagai seorang Pensyarah Jurusan Undang-Undang telah berkongsi kisah yang pernah berlaku sebagai salah satu pengajaran kepada masyarakat.

Perkongsian kali ini berdasarkan fakta-fakta yang tidak pernah diketengahkan oleh mana-mana media dan belum pernah diketahui oleh orang awam.

[Kes Bunuh Pelajar Di Highway Plus] Rakaman CCTV plaza tol Juru dengan jelas menunjukkan aksi suspek menarik rambut mangsa semasa melintasi laluan tol. Ini adalah detik-detik terakhir sebelum mangsa mati dikelar suspek.

Siapa sangka seorang remaja yang mempunyai masa depan yang cerah tetapi berakhir dengan kematian ditangan orang yang dikenali dan dipercayai olehnya.

Kejadian tragis ini berlaku pada Februari 2015 di Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) dalam sebuah daerah di Perak melibatkan mangsa, seorang pelajar di sebuah universiti tempatan yang menaiki kereta bersama-sama suspek.

Dakwa Kamarul, suspek berjumpa dengan mangsa untuk memulangkan laptop yang dipinjam suspek. Mereka berjumpa di pintu masuk asrama tempat pengajian tersebut. Mangsa kemudiannya diajak untuk menaiki kereta suspek.

Padah hari kejadian, tidak menyangka pada tarikh tersebut akan berlaku satu tragedi yang menyayat hati berlaku pada mangsa.

Kerana curiga atas kemungkinan yang akan berlaku, kawan mangsa yang mengetahui mangsa keluar dengan suspek terus menghubungi ibu bapa mangsa. Hubungan suspek dan mangsa tidak disukai ibu bapa mangsa yang sudah melarang suspek daripada mendekati mangsa.

Kira-kira pukul 11 pagi, selepas bapa mangsa dimaklumkan oleh rakan mangsa bahawa suspek telah melarikan mangsa dan kemudiannya keluarga mangsa menghubungi bapa suspek memberitahu perkara yang sebenar.

Walaubagaimanapun, keluarga suspek telah memujuk untuk memulangkan mangsa malangnya suspek gagal untuk dihubungi. Bapa mangsa kemudiannya menerima satu panggilan daripada keluarga suspek dan mengharapkan berita baik tetapi malangnya khabar sebaliknya.

Keluarga suspek memberitahu bahawa mangsa cedera ditikam dan dalam keadaan tenat.

Ketika keluargamangsa dalam perjalanan ke hospital, polis menghubungi dan memaklumkan anak mereka sudah tiada. Luluh dan sayu hati kedua ibu bapa mangsa menerima berita sedih tersebut. Namun, timbul satu persoalan adakah suspek yang membunuh mangsa?

Hasil bedah siasat daripada ahli patologi mendapati kematian mangsa adalah akibat kesan tikaman tunggal di bahagian hadapan leher sepanjang 6cm yang memutuskan ‘caroti artery’ yang menyebabkan pendarahan teruk.

Satu dakwaan telah dibuat oleh suspek mengatakan bahawa mangsa akan kelar diri sendiri jika suspek tidak berhentikan kereta. Adakah benar dakwaan tersebut?

Nasib menyebelahi mangsa kerana terdapat seorang saksi terawal yang melihat kejadian tersebut. Saksi merupakan seorang penunggang motorsikal yang lalu dikawasan tersebut dikatakan terlihat sebuat kereta yang berhenti di laluan kecemasan. Ketika itulah, saksi dapat melihat suspek menarik rambut mangsa dan arahkan untuk keluar dari kereta.

Kedua-dua tangan mangsa tergapai-gapai seolah olah sedang meminta pertolongan. Mangsa ditinggalkan di atas jalan dan suspek pergi ke lereng bukit dipercayai untuk melempar pisau yang digunakan untuk menikam mangsa.

Orang awam tidak henti-henti memberi pertolongan kepada mangsa dan seorang lelaki yang menutup kepala mangsa dengan kain dan memberi air serta mengajar mangsa bacaan ayat al-Quran.

Suspek yang berlari ke lereng kemudiannya datang ketempat kejadian dengan mengeluarkan kata-kata kesat kepada mangsa, kemudiannya ditahan oleh orang awam yang berada dalam tempat kejadian.

Suspek ditahan dan didakwa atas tuduhan membunuh mangsa di bawah seksyen 302 Kanun Keseksaan. Mahkamah tinggi telah memutuskan suspek bersalah atas kesalahan membunuh dan dihukuma gantung sampai mati.

Keputusan mahkamah tinggi pada Mac 2019 telah disahkan oleh panel hakim Mahkamah Rayuan yang menolak rayuan suspek yang mengatakan mangsa mati akibat bunuh diri. Bagaimanapun, Panel Hakim Mahkamah Rayuan, memutuskan suspek mengelar mangsa sehingga menyebabkan kematian dan hukuman mati dikekalkan.

Dalam kes ini, dua pakar forensik memberikan bukti yang berbeza. Seorang pakar memberitahu mahkamah mangsa mati disebabkan mangsa membunuh diri manakala pakar forensik kedua mengesahkan tikaman pada leher mangsa bukan dibuat mangsa sendiri (self inflicted).

Sekiranya ada dua bukti pakar yang berbeza, mahkamah mempunyai kuasa budi bicara untuk memilih mana2 bukti daripada pakar.

Setelah mendengar keterangan semua saksi dan bukti yang dikemukakan di mahkamah, panel hakim Mahkamah Rayuan memutuskan suspek bersalah atas kesalahan membunuh mangsa dan digantung sampai mati.

Pisau yang dilempar suspek di lereng bukit dicari pihak polis dengan kerjasama orang awam. Pisau tersebut berjaya dijumpai tetapi pakar forensik tidak menemui DNA suspek pada sampel darah disebabkan sampel darah rosak hasil tindak balas bakteria akibat suhu panas dan lembap.

Sumber: Kamarul

Edayu

Lebih banyak menulis dari bersembang

Azmil

The best preparation for tomorrow is doing your best today. :)