Siakap Keli
Gambar: NBC

(Video) Gereja Berusia 115 Tahun Hampir Runtuh ‘Ditelan’ Kebakaran Besar

Buat masa ini, pihak bomba telah berjaya mengawal kebakaran besar di sebuah gereja di daerah barat Philadelphia. Kebakaran tersebut menyebabkan sebahagian besar bangunan itu runtuh.

Dikatakan bahawa seorang telah tercedera dan dibawa ke hospital berhampiran untuk rawatan lanjut. Dipercayai bahawa kebakaran itu mula meletus pada jam 3 petang (selasa) waktu tempatan.

Bangunan berusia 115 tahun itu seolah-olah ‘ditelan api’ dan asap menyelubungi segenap ruang udara di sana.

Salah seorang saksi menyatakan bahawa dia melihat kepulan asap dan dia terus berlari untuk memberitahu orang lain supaya menyelamatkan diri ke ruang lobi.

Ketika itu masih ramai yang tidak menyedari bahawa bangunan antik itu sedang terbakar.

Pihak bomba masih berada di sekitar kawasan berkenaan untuk memastikan keselamatan orang awam.

Sumber: 6ABC

Fildza Zainal

No matter what people tell you, words and ideas can change the world. So pick up the pen and write.

Azmil

The best preparation for tomorrow is doing your best today. :)