Siakap Keli
Foto: Weibo/SCMP

(Video)Asap Hitam Berkepul-Kepul, Pesawat Terbakar Ketika Menunggu Kemasukan Penumpang

Warga kerja di Lapangan Terbang Antarabangsa Beijing menghadapi detik cemas apabila sebuah pesawat tiba-tiba terbakar ketika menunggu kemasukan penumpang.

Kejadian itu berlaku pada Selasa sewaktu kru pesawat sedang mempersiapkan penumpang untuk masuk ke pesawat Air China yang dijadualkan berlepas ke Tokyo, petang itu.

Melihat kepada gambar yang dimuatnaik di laman Weibo sebelum dikongsikan oleh media, kepulan asap hitam dilihat memenuhi ruangan hadapan pesawat.

Foto: Weibo/SCMP

“Kru kami segera menghubungi pasukan pemadam api dan menempatkan para penupang di tempat yang selamat,” jelas syarikat penerbangan itu dalam kenyataan rasminya.

Walaubagaimanapun, tiada sebarang kecederaan dilaporkan berlaku memandangkan pesawat masih lagi belum dinaiki penumpang semasa kejadian.

Lapangan Terbang Antarabangsa Beijing itu kekal berfungsi seperti biasa, menurut kenyataan rasmi yang dikeluarkan.

https://youtu.be/1DeswLOO1_k

Sumber: SCMP

Amir Zakwan

Dulu sembang teknologi terkini, sekarang borak berita sensasi

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.