Siakap Keli
Gambar Hiasan(Foto: Twitter/Stathakis)

Terharu Mak Cik ‘Cleaner’ Cuci Tandas Bersih Sangat, Budak Sekolah Ni Berikan Penghargaan ‘Tak Diduga’

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Kerja sebagai pekerja kebersihan atau ‘cleaner’ satu tugas yang mulia. Mereka yang menjadikannya sebagai sumber rezeki berusaha menjaga kebersihan dan keceriaan sesuatu kawasan demi memastikan orang lain sentiasa berasa selesa.

Tambahan lagi, golongan ini biasanya bekerja tanpa mengenal penat lelah. Sebagai contoh, mereka masih lagi mampu tersenyum ketika kita meminta izin untuk melalui laluan yang lantainya baru sahaja atau sedang dimop oleh mereka.

Oleh itu, apabila timbul sahaja sedikit kisah penghargaan kepada para pekerja kebersihan ini, ia pasti akan membuatkan netizen terharu.

Itulah yang berlaku apabila seorang gadis dengan nama Khairunnisa Afifah di Twitter berkongsikan sedikit penghargaan yang diterima ibunya yang bertugas sebagai cleaner di sebuah Sekolah Jenis Kebangsaan(Cina) baru-baru ini.

Menurut Afifah, penghargaan berbentuk kiriman surat itu diterima ibunya dari seorang murid darjah tiga(3) di sekolah berkenaan.

Bercerita dengan lebih lanjut mengenai kejadian itu, dia memberitahu bahawa surat itu ditulis oleh kakak pelajar tersebut yang juga merupakan murid darjah 5 di sekolah berkenaan.

Afifah juga menunjukkan penghargaannya dengan mengatakan bahawa dia berpendapat anak kecil tersebut telah dididik dengan baik untuk menghormati orang lain.

Perkongsian ini turut menerima pelbagai reaksi daripada pengguna Twitter lain yang rata-ratanya tersentuh dengan apa yang dilakukan pelajar berkenaan.

Foto: @khai_afifah
Foto: @khai_afifah
Foto: @khai_afifah

Kisah ini juga tular tepat pada waktunya. Ini kerana apa yang dilakukan oleh pelajar ini serta ibu kepada cik Afifah yang saling membantu dan menghargai antara satu sama lain tanpa mengira kaum sangat sesuai untuk dijadikan tauladan sempena sambutan Hari Kebangsaan yang bakal tiba.

Diharapkan dengan perkongsian ini dapat memberi sedikit pengajaran kepada kita untuk lebih menghormati dan menghargai orang lain tanpa mengira perbezaan yang ada di antara kita semua.

Sumber: Twitter Khairunnisa Afifah

Amir Zakwan

Dulu sembang teknologi terkini, sekarang borak berita sensasi