Siakap Keli
Foto: BERNAMA/FB JPN

Tidak Wujud Dalam Sistem, JPN Nafi Kes Penularan MyKad Didakwa Dimiliki Warga China

Beberapa hari lepas, ada beberapa pihak yang memuat naik imej yang memaparkan beberapa foto MyKad yang didakwa dimiliki oleh warga China.

Kiriman itu mendapat perhatian ramai dan menjadi tular dengan pantas di media sosial sehingga menimbulkan kekecohan.

Sehubungan dengan itu, kes ini telah pun mendapat perhatian daripada Jabatan Pendaftaran Negara(JPN) dan mereka sudah pun mengeluarkan satu kenyataan media mengenainya.

Menurut JPN, gambar-gambar tersebut adalah merupakan dari kes pemalsuan dokumen yang berlaku pada tahun 2015 yang lalu dan kes itu sudah pun diambil tindakan oleh SPRM.

Tambah mereka lagi, JPN tidak pernah mengeluarkan semua MyKad tersebut dan kesemuanya adalah palsu.

Malah, semua maklumat mengenai kad tersebut(nombor, gambar dan cap jari) tidak wujud dalam sistem jabatan itu.

JPN turut mengambil kesempatan mengingatkan orang ramai untuk menghentikan penyebaran imej tersebut bagi mengelakkan kekeliruan.

Sumber: FB Jabatan Penerangan Malaysia

Amir Zakwan

Dulu sembang teknologi terkini, sekarang borak berita sensasi

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.