Siakap Keli

Akaun Twitter CEO Twitter Digodam, Penggodam Sempat Hantar Beberapa Tweet

San Francisco – Akaun Twitter Jack Dorsey telah digodam dalam kejadian yang berlaku sebentar tadi. Akaun yang dimiliki oleh CEO Twitter itu dilihat sempat mengeluarkan beberapa tweet yang kurang menyenangkan sebelum ianya dipadam.

Pasukan komunikasi Twitter dalam satu tweet berkata mereka sedar akan perkara itu dan sedang melakukan siasatan.

Difahamkan penggodam akaun terbabit menggelar diri mereka The Chuckle Squad dan kumpulan ini juga dikatakan turut terlibat menggodam beberapa akaun Twitter selebriti Youtube sebelum ini.

Menurut The Verge, penggodam itu sempat mengeluarkan tweet yang berbaur perkauman dan juga satu tweet yang memanggil orang ramai untuk menyertai server Discord mereka. Difahamkan Discord telah pun mematikan server penggodam itu susulan kejadian.

 

 

Siakap Keli

Berita sejurus ia berlaku? Itulah saya....